Muhyiddin: Pemimpin Pakatan Berbohong

imageKENINGAU – Parti pembangkang mengaburi pemikiran rakyat dengan pembohongan sebagai taktik menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, pembangkang kini risau kerana rakyat, khususnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang, semakin sedar bahawa BN adalah
satu-satunya kerajaan yang mampu membela dan menjaga kebajikan rakyat.

Sambil menyifatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat nombor satu negara di dunia luar, Muhyiddin berkata, Anwar sengaja
memberi gambaran buruk mengenai situasi dalam negara.

“Barisan pemimpin pakatan pembangkang datang ke Sabah dengan mengatakan BN semakin kalah di Semenanjung. Itu adalah pembohongan…dan kononnya Sabah juga akan jatuh ke tangan mereka,” katanya pada Program Himpunan Rakyat 1Malaysia di sini, malam tadi.

Mereka mengatakan rakyat di Malaysia menderita, tetapi pembangkang yang sebenarnya tertekan kerana mereka sudah nampak gelombang iaitu kebangkitan
rakyat yang tahu bagaimana BN berjuang untuk rakyat.

“Anwar semakin mendapat kurang mendapat sambutan rakyat ketika turun berkempen. Jadi apabila rakyat tidak lagi percaya kepadanya, dia ke luar negara seperti Australia dan Indonesia untuk memburukkan Malaysia,” katanya.

Muhyiddin berkata sokongan rakyat terhadap BN semakin kuat khususnya di Sabah, tetapi pembangkang sengaja tidak nampak dan tidak mengakui pembangunan
ketara yang dibawa oleh BN ke negeri itu.

Pada program itu, Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meluluskan peruntukan RM40 juta bagi pembinaan sebuah sekolah menengah baharu, SMK Desa
Wawasan, di Tambunan, dekat sini.

Beliau turut bersetuju untuk mewujudkan sebuah Sekolah Menengah Sains di di sini bagi memenuhi keperluan pelajar yang semakin minat dalam bidang sains.

Di samping itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM2 juta bagi pembinaan dewan serba guna Sekolah Kebangsaan Bingkor dan RM1 juta untuk melaksanakan
pelbagai projek kecil di daerah Keningau. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: