Bo Lah Weii… 23 Tahun Doh

TOK JANGGUT

Apabila Kelantan dilihat masih tidak membangun, walaupun 23 tahun Pas memerintah, pemimpin parti itu menjawab susahkepada rakyatnya, konon kemunduran itu berpunca daripada Umno.

Mereka turun ke kampung-kampung, desa-desa, bandar-bandar melalui ceramah maki hamunnya, menghasut dan menanam rasa benci kepada Umno dengan alasan kegagalan kerajaan negeri memaju serta membangunkan Kelantan disebabkan usaha halus Umno menyekat kemasukan pelabur.

Begitulah jawapan yang diberikan pemimpin Pas termasuk dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekalipun. Exco yang bertanggungjawab bagi portfolio pembangunan dan ekonomi bangun, membuka skrip dan membacanya selancar mungkin teks-teks yang berbaur fitnah – menyalahkan Umno.

Mereka mendakwa, kononnya sebaik sahaja Pas mengambil alih Kelantan, pemimpin-pemimpin Umno negeri ini telah menghasut pemimpin-pemimpin Kerajaan Pusat supaya jangan membawa masuk projek-projek mahamega, supermega dan semimega ke Kelantan sebagai pengajaran.

Mereka juga menuduh menteri-menteri berkaitan memberi amaran, menakut-nakutkan atau menghalang pelabur-pelabur asing agar tidak sekali-kali berani menanam pelaburan di negeri yang ditadbir oleh Pas jika tidak mahu menanggung kerugian.

Kononnya, kerana usaha ‘jahat’ pemimpin Umno lah, kerajaan negeri tidak dapat berbuat apa-apa untuk membangun dan memajukan Kelantan sehingga sekarang. Walaupun hakikatnya tidak sedikit projek-projek mahamega, supermega dan semimega ditanam di bumi Serambi Mekah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pembinaan jambatan kedua Sultan Yahya Petra, pembinaan Jambatan Tendong (Jambatan Sultan Ismail Petra), pembinaan hotel-hotel bertaraf lima dan empat bintang, kompleks beli belah, menaik taraf jalan-jalan persekutuan, jalan-jalan kampung adalah daripada Kerajaan Pusat pimpinan Umno, BN.

Kepemimpinan Pas hanya goyang kaki (termasuk hayun telur). Siang hari tidur atau melancung ke Thailand, Vietnam mencari anak-anak dara untuk dijadikan isteri kedua, ketiga, keempat atau simpanan, malam hari pula terpacak di padang-padang sekolah, padang-padang bola, padang-padang mainan kanak-kanak menyampaikan ceramah. Mengutuk, mencaci, memaki hamun dan memfitnah sesama sendiri.

Mereka menagih simpati, memancing rasa kasihan belas daripada rakyat, kononnya usaha mereka untuk membangun dan memajukan rakyat serta negeri dihalang, disekat, diboikot dan tidak dipedulikan oleh Kerajaan Pusat, menyebabkan kerajaan negeri ‘tidak dapat membantu rakyatnya’.

Tetapi, itu dahulu. Sekarang rakyat sudah bijak menilai. Rakyat sudah pandai membuat perbandingan dan rakyat sudah celik mata untuk memerhati. Rakyat mula berani dan bersuara lantang mempersoalkan kepemimpinan Pas dengan DAP.

Mereka mula membuat perbandingan dengan Pulau Pinang dan Selangor. Mereka mempersoalkan, kenapa Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP, Selangor yang ditadbir oleh PKR semakin maju dalam tempoh lima tahun mereka memerintah. Sedangkan Kelantan sesudah 23 tahun pun masih lagi mundur?

nik-aziz-kena-putarDAP memerintah, dapat membawa masuk projek mahamega, pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang yang bernilai berbilion ringgit. PKR memerintah, dapat menambah bangunan-bangunan tinggi, pusat-pusat hiburan yang mendatangkan hasil ratusan juta, sedangkan Kelantan bawah kepimpinan Pas langsung tidak ada.

Rakyat Kelantan mula membuat penafsiran, kemunduran Kelantan bukan disebabkan Kerajaan Pusat menyekat pelaburan, bukan disebabkan pemimpin Umno negeri ini sengaja mahu menganaktirikan Kelantan, sebaliknya ia berpunca daripada ketidakpandaian pemimpin-pemimpin kerajaan Pas itu menggunakan otak untuk memajukan negeri ini.

Kalau kerajaan DAP Pulau Pinang boleh. Kerajaan PKR Selangor boleh, walaupun tidak ditadbir oleh BN, kenapa kerajaan Pas Kelantan tidak boleh? Ini menunjukkan kerajaan pimpinan DAP dan kerajaan pimpinan PKR ada otak dan wawasan. Kerajaan Pas tidak ada otak, malah tidak tahu atau tidak pandai pun hendak berwasasan.

Mana-mana kerajaan, termasuk pembangkang sekalipun, apabila diberi amanah memerintah sesebuah negeri, mereka gunakan akal, gunakan otak untuk memajukan negeri masing-masing. Supaya esok rakyat dapat buat penilaian dan seterusnya mengekalkan pemerintahan mereka pada PRU.
Tetapi Pas Kelantan lain, mereka tidak tahu pun hendak mengambil kesempatan itu, sebab mereka sebenarnya pemimpin yang bodoh sombong.
Tidak dinafikan, ada juga bab-bab tertentu kerajaan Pas Kelantan bijak dan pandai, terutama bab agama. Dalam bab ini mereka cukup mahir, bijak dan pandai, iaitu mahir, bijak dan pandai memutar belitkan agama untuk kepentingan diri dan politik. (Tetapi) Untuk mengekonomikan rakyat dan memajukan negeri mereka tidak ada kepandaian itu.

Begitu juga dalam bab menabur janji dan memberi harapan palsu kepada rakyatnya. Yang ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun, kerajaan Pas diakui memang cukup bijak. Mengatasi kebijakpandaian Hang Nadim mempertahankan askar-askar Singapura daripada mati diserang todak dan kebijakpandaian rakan gabungannya DAP memajukan Pulau Pinang dan PKR membangunkan Selangor.

Kalau DAP sekadar menjanjikan pembinaan rumah bernilai RM450,000 hingga RM1,000,000 ke atas seunit untuk rakyatnya, PKR pula menjanjikan bantuan kewangan dari RM200 hingga RM300 kepada warga emas, ibu tunggal, kanak-kanak prasekolah dan anak Selangor yang berjaya ke IPT, janji kerajaan Pas Kelantan lebih mahamega dan supermega lagi dari itu.

Kalau dihimpun dan dikumpul keseluruhan nilai janji-janji kerajaan Pas Kelantan, nescaya Kelantan lah negeri paling kaya daripada kerajaan Dubai dan kerajaan Arab Saudi. Kalau Dubai ada bangunan paling tinggi bernama Burj. Kelantan juga ada ‘bangunan mahatinggi dan supertinggi’ bernama ‘Buruk’. Kalau Arab Saudi ada ribuan telaga minyak, Kelantan juga ada ratusan ribu ‘telaga taik minyak’.

Pendek kata kerajaan Pas Kelantan adalah ‘kerajaan terbaik’ berbanding kerajaan Kelantan bawah pimpinan Allahyarham Datuk Mohamad Nasir, Allahyarham Datuk Mohd Asri Muda dan Allahyarham Tan Sri Mohamad Yaakob.

Jadi, apa kesimpulannya dengan perbandingan ini? Bo la weii… cukuplah 23 tahun berkerajaankan kerajaan yang pandai menipu dan bijak menabur janji kosong. Berilah peluang dan Tukarlah kepada BN pula.

Kita tengok dulu kerajaan BN memerintah Kelantan sepenggal pada PRU13 ni.

Tags:

Categories: Kolumnis

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: