Desak Muktamar Khas Singkir Hadi, Nik Aziz

AMIRUL HAFIZ :

imagesMACHANG – Bekas Ahlijawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Wan Ismail Wan Ahmad, hari ini menggesa ulama parti itu memanggil Muktamar khas bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekiranya ingin memperbetulkan dasar parti.

Beliau berkata, dua pemimpin terbabit perlu disingkir sekiranya ingin mengembalikan kedudukan sebenar Pas pada landasan yang betul kerana disebabkan mereka Parti itu kini dilihat kian tersasar.

“Kerana dua pemimpin ini, banyak ‘kluk klek’ menyebabkan Pas telah dilabel sebagai hilang pedoman. Mereka tidak konsisten terutamanya dalam isu kalimah Allah sehingga DAP kian berani mempertikaikan penggunaan kalimah suci yang tidak boleh dimaafkan oleh umat Islam.

“Sebagai seorang pemimpin, lebih-lebih lagi bila dikatakan sebagai pemimpin yang memperjuangkan Islam mereka mesti tegas tapi sebaliknya yang ada pada dua pimpinan ini Sebab itu mereka harus disingkir,” Katanya.

Beliau berkata, kredibiliti serta integriti Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz wajar dipertikai berikutan kenyataannya yang tidak konsisiten terutamanya dalam perkara membabitkan akidah sehingga mengundang keraguan dan kemarahan umat Islam.

Melalui Mesyuarat Tertinggi Pimpinan Pakatan Rakyat 8 Januari lalu Abdul Hadi merupakan salah seorang pemimpin pakatan pembangkang yang dikatakan bersetuju kalimah Allah diguna pakai oleh bukan Islam dan Nik Abdul Aziz turut sepakat dengan persetujuan yang sama.

Namun selepas mendapat desakan pelbagai pihak, selain mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif untuk orang Islam sahaja dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa beliau membuat pusingan ‘U’ mengubahkan kenyataan sebelumnya.

Susulan itu, wujud kekeliruan serta kemarahan di kalangan rakyat yang mula tidak meyakini pendirian pemimpin terbabit sehingga menuntut banyak pihak termasuk ahli dan penyokong Pas tampil mendesak supaya parti itu menyatakan pendirian sebenar mereka di dalam isu berkaitan.

Sebelum ini Wan Ismail menggesa ulama dalam Pas terutama Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Dr. Haron Din dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib perlu mengambil tindakan segera menyingkirkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika mereka ingin memperbetulkan Pas.

Mengulas lanjut Wan Ismail berkata, umat Islam yang terdiri dari orang-orang Melayu mesti melihat senario politik dalaman Pas secara rasional bagi memperolehi penjelasan sebenar prinsip sebenar perjuangan parti itu,

“Seperti yang pernah saya sebut sebelum ini, kita kena tengok Pas dengan ilmu bukan dengan retorik ilmu yang dicanangkan mereka kepada kita baru kita akan dapat gambaran sebenar siapa Pas yang sebenarnya. Baru kita tidak mudah tertipu dengan strategi mereka,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau menyelar kenyataan Nik Abdul Aziz yang menyamakan usaha murni Kerajaan Pusat menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.

“Jadi, kalau begitu, orang yang menerima bantuan termasuk ahli dan penyokong Pas itu adalah haiwanlah, begitu,” soalnya ringkas.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: