Jamil Khir: Pas Patut Berlumba Dengan Umno Bantu Rakyat

imagesSUNGAI PETANI – Pas sepatutnya berlumba dengan Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain dalam memberi bantuan kepada rakyat miskin dan bukan menyalahkan kerajaan persekutuan kerana memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum.

Beliau berkata berlumba-lumba memberi bantuan adalah usaha baik untuk meringankan hidup rakyat berpendapatan rendah.

“Sekiranya kedua-dua pihak iaitu kerajaan persekutuan dan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang memberi pelbagai bantuan, barulah rakyat dapat merasai nikmat.

“…jadi tidak perlu salahkan orang lain. Nak berkelahi sampai bila, akhirnya rakyat yang tersepit,” katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan pemberian bantuan kerajaan persekutuan kepada rakyat termasuk BR1M, sebagai menabur makanan kepada haiwan ternakan.

Jamil Khir menyampaikan anugerah cemerlang dan merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bedong dekat sini hari ini.

“BR1M perlu dilihat secara positif dalam usaha kerajaan persekutuan menjaga rakyat, kerana ia disasarkan kepada golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah.

“Rakyat mahu melihat sebuah kerajaan yang benar-benar mahu membela dan membantu mereka. Mereka juga sudah mula menilai siapa yang patut disokong,” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: