Kelantan Bubar Dun Serentak Parlimen

nik_aziz_muka_sedih-300x188KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan akan membubarkan Dun serentak dengan pembubaran Parlimen dan tidak akan mengadakannya lebih awal seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setakat ini, senarai calon Pas untuk bertanding di negeri ini sebahagian besarnya sudah selesai.

“Saya sudah lama mengikut pusat (Kerajaan Pusat). Tiada isu nak bubar Dun. Kalau saya bubar dulu, segala jin, iblis (gangguan) akan mari (datang) berhimpun di Kelantan.

“Senarai calon nak kata tamat tu…tidak tetapi banyak (ramai) calon,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Guru-guru Yayasan Islam Kelantan (Yik), di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Januari lalu, Kerajaan Selangor membuat cadangan pembubaran Dun negeri itu selepas sambutan Chap Goh Mei iaitu 15 hari selepas perayaan Tahun Baru Cina pada 10 Februari baru-baru ini.

Ditanya mengenai pencalonan muka baru, beliau menjawab ia belum boleh disebutkan lagi dan meminta perkara itu diisytiharkan pada hari pencalonan kelak.

Dalam majlis itu, beliau ketika berucap berkata, kerajaan negeri berhasrat menjadikan semua penjawat awam di Kelantan perlu mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk Sains dan Teknologi.

“Sebab itulah Kerajaan Negeri mewujudkan sekolah agama aliran Sains bagi membolehkan pelajar mempunyai pendidikan bukan sahaja ilmu agama, bahkan memiliki ilmu Sains dan Tekologi,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: