Kenyataan Nik Aziz Memalukan

AMIRUL HAFIZ :

imageKOTA BHARU- Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Minda Pondok menyelar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan usaha murni Kerajaan Pusat menyediakan pelbagai bentuk bantuan rakyat sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.

Ahli Jawatankuasanya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz, menyifatkan kenyataan itu sebagai biadab dan tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin yang dikatakan berstatus ‘tok guru’.

Katanya, ia amat memalukan rakyat Malaysia khususnya Kelantan kerana penerima terbabit adalah juga terdiri daripada ahli dan penyokong Pas.

“Tidak ada nas al-Quran dan hadis yang menyatakan adalah salah di sisi Islam kerajaan ataupun pemimpin memberi wang kepada rakyat. Dia (Nik Abdul Aziz) tidak faham Konsep sedekah, zakat atau hadiah dan juga tanggungjawab sesebuah Kerajaan terhadap rakyat.

“Bukan setakat bagi ilmu sahaja, keperluan asaspun termasuk dalam tanggungjawab pemimpin terhadap rakyat, apatah lagi kepada rakyat miskin,” katanya kepada Detikperubahan.com di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang dilapor berkata pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana ia sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam sebaliknya ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia, bukannya menabur wang ringgit.

“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh jerami,” kata Nik Abdul Aziz.

Mohd. Syamsul berkata, kenyataan Mursyidul Am Pas itu menggambarkan sifat dengkinya terhadap Kerajaan Pusat lantaran tidak mampu menunaikan amanah rakyat sejak menerima mandat lebih 22 tahun lalu.

Katanya, Nik Abdul Aziz telah hilang pertimbangan dalam membuat sesuatu kenyataan sehingga boleh memakan diri sendiri setelah rasa tersempit oleh beberapa isu sejak kebelakangan ini.

“Kalau salah disisi Islam apa yang diberikan kerajaan itu maknanya sebelum ini Pas juga telah melakukan kerja haram, kerja yang bercanggah dengan Islam ketika membantu golongan armalah dan sebagainya dengan wang ringgit.

“Mungkin Pas, ketika memberikan bantuan berupa wang ringgit kepada rakyat menganggapkan mereka (penerima) itu adalah haiwan,” katanya sinis.

Tahun ini, seramai 2.7 juta individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) sebanyak RM250 manakala 4.3 juta isi rumah sekali lagi menerima manfaat tersebut iaitu berjumlah RM500 setiap isi rumah.

Melalui BR1M 2.0 itu, Kerajaan Pusat memperuntukkan kira-kira RM3 bilion manakala tahun lalu, sebanyak 4.2 juta isi rumah menerima bantuan itu dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM2.2 bilion.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: