Muhyiddin: ‘BN Akan Lihat Manifesto Pakatan’

imageMUAR –  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hairan dengan sikap pembangkang yang enggan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International sedangkan ia tidak bercanggah dengan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Beliau berkata, pembangkang sebelum ini sibuk memperkatakan tentang soal perjalanan pilihan raya yang telus, namun apabila diminta untuk menandatangani ikrar tersebut, mereka mengemukakan pelbagai alasan.

“Saya hairan kenapa pembangkang tidak bersedia. Jika mereka benar-benar mahu pilihan raya yang bersih seperti yang dituntut, kenapa tidak mahu menandatangani ikrar berkenaan?

“Sedangkan ia dianjurkan oleh badan yang utamakan ketelusan pilihan raya dan bukannya kerajaan yang mengadakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) (orang bujang) di Kompleks Sukan Pagoh, di sini, hari ini yang turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Serampang Datuk Tahir Taat.

Muhyiddin mengulas mengenai sikap pembangkang yang enggan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbuat demikian.

Perdana Menteri juga turut membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti serta memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam memerangi rasuah terutamanya dalam pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan enggan menandatangani ikrar tersebut manakala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menegaskan pihaknya tidak akan berbuat demikian dengan alasan apa yang lebih penting ialah niat dalam hati.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai manifesto pilihan raya umum ke-13 yang dikeluarkan pakatan pembangkang hari ini, Timbalan Perdana Menteri berkata: “Kita kena lihat semuanya secara keseluruhan dan akan mengkaji dengan teliti bagi memperincikannya.” – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: