Najib: Pasaran Saham Lonjak Jika BN Menang Besar

imageAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat terus memberi mandat besar kepada Barisan Nasional (BN) agar dapat terus memerintah negara, sekali gus meyakinkan pelabur asing.

Kata Najib, sekiranya BN menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan kerajaan diterajui dengan mandat yang kuat, beliau yakin pasaran saham akan melonjak.

“Negara luar pun sudah menunggu BN mendapat mandat menjadi kerajaan baru,” katanya semasa menghadiri Majlis Sambutan Chap Goh Mei sempena Tahun Baru Cina 2013 di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah di sini, hari ini.

Sehubungan itu kata Najib, yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno, masalah di Selangor perlu diselesaikan kerana sukar untuk memerintah sekiranya ia diperintah oleh pemerintah lain manakala kerajaan pusat pula parti lain.

Jelasnya lagi, beliau, yang juga Pengerusi BN Selangor berharap rakyat memberi mandat yang lebih kuat agar ia lebih maju dan berjaya.

Turut hadir Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: