Operasi Terpaksa Ditamatkan

imageKOTA BHARU – Operasi menyelamat mangsa lemas Muhammad Arif Muhammad Nurdin, 20, berhampiran jambatan baru Sultan Yahya Petra, yang masuk hari kelapan ditamatkan memandangkan mangsa masih belum ditemui semalam.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Azmi Osman berkata, pelbagai ikhtiar turut dilakukan bagi mengesan mangsa yang dikhuatiri lemas dan dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ketika menyeberangi pelantar berhampiran jambatan kedua Sultan Yahya Petra Sabtu lalu.

”Usaha untuk mencari mangsa turut dibantu pelbagai agensi termasuk polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) malah pelbagai agensi lagi, namun gagal mengesan mangsa.

”Bomba turut menggunakan dua ekor anjing pengesan untuk mengesan mangsa di samping keluarga turut menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional (bomoh),” katanya kepada Sinar Harian.
Azmi berkata, apa pun keluarga mangsa amat berpuas hati dengan usaha pasukan penyelamat dan menerima suratan takdir terbabit.

Sementara itu menurut bapa mangsa, Muhammad Nurdin Muhammad Long, 48, dia mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam usaha mengesan anak sulung dari empat beradik itu.

”Kini saya terima qada dan qada serta ketentuan ALLAH SWT sekiranya tersurat jasadnya terkubur di sungai Kelantan ini.

”Pemergiannya begitu cepat namun saya relakan dia pergi dan mendoakan rohnya ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman,” katanya.

Sabtu lalu, mangsa Muhammad Arif terjatuh ke dalam sungai Kelantan selepas cuba mengelak sebuah kereta  di belakangnya ketika menyeberangi jambatan sementara yang menjadi laluan pekerja projek jambatan kedua Sultan Yahya Petra.

Ekoran kejadian itu, pelbagai agensi turut terlibat dalam operasi menyelamat mangsa di kawasan berkenaan di samping menerima kunjungan dari pemimpin tempatan termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa berhubung tragedi yang menimpa bekas pelajar Kolej Polytech Mara itu. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Operasi Terpaksa Ditamatkan”

  1. musa
    February 25, 2013 at 7:24 am #

    Diharapkan keluarganya dapat bersabar dengan ujian Allah ini. Bagi kita semua ialahapa yang lebih penting ialah pengajaran yang boleh diambil dari setiap peristiwa yang berlaku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: