Pemimpin Parti Pembangkang Ramai Pemimpin Kitar Semula

imageSANDAKAN – Pemimpin pembangkang yang kebanyakan mereka pemimpin ‘kitar semula’ tidak akan mampu mentadbir sebagaimana pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang jelas terbukti mempunyai rekod yang baik.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata mereka pemimpin kitar semula yang pernah berkuasa ketika dalam kerajaan BN, dan jika mereka ingin berkhidmat untuk rakyat sudah tentu ketika masih dalam kerajaan.

“Setelah menyertai pembangkang mereka melaungkan-laungkan janji bintang dan bulan yang pada dasarnya ia pembohongan semata-mata hanya untuk meraih simpati rakyat terhadap mereka.

“Mereka bukannya berjuang untuk rakyat sebaliknya untuk kepentingan diri dan politik mereka sahaja,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga di sini hari ini.

Seramai 3,058 orang membabitkan golongan bujang menerima bantuan berjumlah RM250 setiap seorang.

Musa yang juga anggota DUN Sungai Sibuga berkata ketika ini ramai pemimpin pembangkang masuk kampung keluar kampung untuk tujuan memburuk-burukkan kerajan
BN dengan membuat pelbagai janji.

Beliau mengulangi ingatannya kepada rakyat di negeri ini bahawa pemimpin parti pembangkang itu hanya pandai berjanji tetapi tidak mampu menunaikannya.

Musa turut menasihatkan golongan muda di negeri ini supaya tidak terperangkap serta terpedaya dengan mana-mana pihak yang menjurus kepada budaya tidak sihat khususnya demonstrasi jalanan.

Mereka sebaliknya perlu mengekalkan keamanan dan ketenteraman negeri dan negara tanpa adanya demonstarasi jalanan yang jelas merosakkan ekonomi dan nama baik negara, katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: