Penduduk Dapat Madrasah Baru

imageMACHANG – Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukkan sebanyak RM30,000 bagi membina madrasah baru di Kampung Gosong, dekat Batu 30, di sini.

Ia bagi kemudahan penduduk kampung menunaikan solat berjemaah.

Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan itu diharap mampu menyediakan madrasah selamat dan selesa kepada penduduk.

“Pada program turun padang ke Kampung Gosong baru-baru ini, penduduk meminta agar madrasah sedia ada dibaiki memandangkan ia terlalu uzur dan berusia lebih 40 tahun.

“Ia bukan sahaja tidak selesa, tetapi juga mampu membahayakan nyawa memandangkan struktur binaannya reput,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Sekolah Menengah Sains Machang, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub; Timbalan  Ketua Umno Bahagian Machang, Ab Halim Ismail dan Naib Ketua Umno Bahagian Machang, Wan Mohd Adnan Wan Aziz.

Pada majlis itu, seramai 1,162 penduduk sekitar Dun Pulai Chondong menerima sumbangan bernilai RM500 itu.

Seramai 24,630 penduduk di Parlimen Machang menerima sumbangan itu pada pengagihan fasa pertama yang diadakan secara berperingkat.

Mustapa berkata, selain madrasah Kampung Gosong, Kerajaan Pusat turut menyalurkan peruntukan RM100,000 bagi membaiki Masjid Kampung Laha.

Katanya, bantuan itu membuktikan keprihatinan Kerajaan Persekutuan dan sikap cakna kepimpinan Umno Kelantan, sekali gus menafikan dakwaan Umno menolak Islam dan meminggirkan rakyat Kelantan.

Sementara itu, Ahmad Jazlan berkata, pihaknya menghargai keprihatinan Kerajaan Pusat dan Umno Kelantan menjaga kebajikan rakyat akar umbi.

“Biarpun permohonan secara tidak formal, keperluan rakyat diutamakan sekali gus membuktikan kesungguhan Umno menjaga kebajikan rakyat,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: