SPR Kecewa Pembangkang Enggan Tandatangan Ikrar Integriti

imageLUMUT – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini melahirkan rasa kecewa dan hairan dengan keengganan pemimpin pembangkang untuk menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International (TI) yang merupakan satu inisiatif sebuah badan antarabangsa.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata sewajarnya mereka menandatangi ikrar yang dilaksanakan atas inisiatif TI Malaysia kerana rakyat mahukan pemimpin serta wakil rakyat yang bukan sahaja berintegriti malah perlu menzahirkannya dalam bentuk tindakan.

“SPR komen perkara ini sebab kami akan menguruskan bakal calon yang hendak bertanding dan mereka akan menjadi wakil rakyat walaupun keputusan (pilihan raya) terserah kepada rakyat selaku pengundi, tetapi ini berhubung kait dengan pemilihan wakil rakyat.

“Jadi kami rasa ia (menandatangani ikrar integriti) satu tindakan yang betul untuk semua parti politik bersetuju tandatanganinya, yang kamirasa semua orang senang dengan hal itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Taklimat Ulangan kepada Pengawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus bagi negeri Perak di Segari di sini.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini menegaskan bahawa PAS tidak akan berbuat demikian dengan alasan niat dalam hati adalah lebih penting daripada menandatangani ikrar.

Wan Ahmad berkata Ikrar Integriti Pilihan Raya itu merupakan idea dan inisiatif Transparency International (TI) Malaysia yang merupakan badan bukan kerajaan antarabangsa yang memperjuangkan integriti dan bukan dilaksanakan sebuah parti politik.
“Kenapa pula mereka (pemimpin parti politik pembangkang) tidak mahu, ikrar
integriti ini satu perkara yang sangat perlu dalam kita melahirkan kumpulan
pemimpin dan wakil rakyat yang berintegriti.

“Memanglah kita boleh cakap, cakap lain buat lain, hati lain…tetapi mereka perlu zahirkan apa yang ada dalam hati itu. Saya rasa ini satu langkah yang baik oleh TI Malaysia…ada parti politik yang telah hantar senarai nama calon untuk disemak bab integriti mereka, inilah bagus,” katanya.

Wan Ahmad berkata perbuatan menzahirkan integriti kepada rakyat selaku pengundi adalah langkah yang baik untuk menegakkan ‘kebersihan’ dan integriti diri.

Beliau memuji tindakan menzahirkan komitmen integriti kepada rakyat selaku pengundi seperti yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku ketua parti Barisan Nasional (BN).

Rabu lepas, Najib menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam memerangi rasuah terutama pada pilihan raya umum ke-13.

Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang.

Najib turut memberi komitmen bahawa sebaik sahaja nama calon BN bagi pilihan raya umum diumumkan, beliau akan memastikan semua calon menandatangani ikrar itu. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: