Stor Barang RTC Terbakar

imageKOTA BHARU – Peniaga di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini gempar apabila sebuah stor menyimpan pelbagai barangan berhampiran pusat pemborong sayur-sayuran terbakar kira-kira jam 10 pagi semalam.

Saksi kejadian, Kamaruzaman Yusof,  51, berkata, kebakaran tersebut disedarinya selepas diberitahu oleh  seorang pekerja di pusat pemborong sayur yang melihat kejadian api menyala dari arah tong sampah stor berkenaan.

Menurutnya, ketika itu dia sedang melihat beberapa pekerjanya sedang memungut sampah berhampiran kawasan berkenaan.

“Terkejut dengan berita itu, saya terus bergegas ke tempat kejadian dan mendapati tong sampah berhampiran stor berkenaan sudah hangus terbakar.

“Saya bersama beberapa pekerja di pusat pemborong berkenaan cuba memadam api berkenaan, namun gagal kerana ia marak dengan cepat.

“Mujurlah kami sempat menyelamatkan sebuah lori tiga tan yang di letakan berhampiran kawasan berkenaan hasil kerjasama beberapa pekerja di pusat pemborong, jika tidak kebakaran lebih besar akan berlaku,” katanya kepada pemberita di sini semalami.

Kamaruzaman yang merupakan penyelia sampah di RTC memberitahu, sebelum ini stor berkenaan digunakan sebagai rumah sampah.

“Namun selepas, kawasan berkenaan diubah menjadi stor, selepas kami mendapat tempat baharu,” ujarnya.

Sementara itu Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Darul Naim, Mat Radhi Ibrahim berkata, pihaknya berjaya mengawal api dari merebak ke kawasan lain kira-kira 20 minit selepas tiba di tempat kejadian.

Beliau berkata, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: