Terlalu Merajakan Politik Nik Aziz Celupar

AMIRUL HAFIZ :

ibrahim-ali-aug29PASIR MAS – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyelar sikap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dengan menyifatkannya sebagai biadab apabila menyamakan penerima bantuan kerajaan Pusat seperti haiwan.

Beliau berkata, tindakan Nik Abdul Aziz itu merupakan satu penghinaan yang cukup luar biasa terhadap rakyat daripada seorang pemimpin yang kononnya bergelar ‘tok guru’ dan berstatus ulama.

Katanya, keceluparan Mursyidul Am Pas itu secara tidak lagsung ia telah mendedahkan identiti sebenarnya, di samping gagal menterjemahkan ciri-ciri khalifah yang mendokong falsafah Islam terhadap rakyatnya.

“Saya percaya kata-kata hina itu tidak pernah keluar daripada mulut Rasulullah SAW, para sahabat, khalifah dan ulama silam ketika diamanah menjadi seorang pemimpin.

“Inilah rosaknya ulama bila masuk politik, kemudian meletakkan politik lebih tinggi dari agama. Kalau dia (Nik Abdul Aziz) benar-benar ikhlas, lebih mengutmakan rakyat dia tidak akan celupar begitu.

“Tapi oleh kerana terlalu merajakan politik dia bimbang bantuan Kerajaan Pusat itu akan menghakiskan sokongan rakyat kepadanya memandangkan kerajaannnya tidak mampu melaksanakan itu semua,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang menyamakan usaha murni Kerajaan pusat menyediakan pelbagai bentuk bantuan sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu.

Menurutnya, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami,” kata Nik Abdul Aziz.

Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) tahun ini memperuntukkan kira-kira RM3 bilion untuk mengagihkan sebanyak RM500 kepada kira-kira 4.3 juta isi rumah manakala kira-kira 2.7 juta individu bujang berumur 21 tahun ke atas menerima sebanyak RM250.

Ibrahim berkata, tuduhan Nik Abdul Aziz itu melibatkan sama ahli dan penyokong Pas yang tidak ketinggalan menerima bantuan Kerajaan Pusat.

Mengulas lanjut, beliau yang juga selaku Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Malaysia berkata, Nik Abdul Aziz tertekan berikutan pendedahan pelbagai isu termasuk kalimah Allah, Ladang Rakyat, tanah dan air menyebabkan setiap kenyataannya tersasar dari kewarasan.

“Difahamkan juga Nik Aziz berang ataupun melenting kerana perhimpunan We Love Tok Guru semasa menyambut kepulangannya dari Mekah tidak mencapai target. Mengikut laporan targetnya adalah 15,000 hingga 20,000 tapi yang hadir hanyalah 1,500 orang sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan Menteri Besar itu berundur secara terhormat memandangkan faktor usia dan kesihatan yang semakin daif selain tindak-tanduknya sejak kebelakangan ini banyak mengelirukan rakyat.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: