Guru Sedih Tindakan Melampau NGO ‘R’

Oleh RAITINI RAHMAN:

DSC_0096KOTA BHARU – Seorang guru tidak dapat menahan rasa sedih melihat patung Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad di sebat dalam satu demonstrasi yang dilakukan oleh NGO Royalti (NGO ‘R’) di Tumpat baru-baru ini.

Guru terbabit Rozi Daud, 54 berkata, sebagai seorang manusia yang tindakan yang dilakukan wakil NGO ‘R’ terbabit adalah diluar batasan kemanusiaan dan tidak sepatutnya terjadi.

 

Katanya, tindakan itu dianggap melampau lebih-lebih lagi dilakukan terhdapa seoran pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat di negara ini.

382327_531908153516737_741030568_n“Saya amat sedih melihat apa yang dilakukan lebih-lebih lagi kepada pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat di negeri ini. Ia satu tindakan yang melampau,” katanya sambil menangis pada sessi soal jawab pada majlis Bicara Transformasi Kelantan Bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Kompleks Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan di Tanjong Chat di sini, hari ini.

Pada masa yang sama beliau berjanji akan terus memberikan sokongan kepada Mustapa dalam usaha membangunkan negeri ini.

Sementara itu Mustapa ketika memberikan respon terhadap kenyataan itu berkata, beliau berterima kasih pada simpati yang diberikan dan berjanji akan terus melangkah untuk membawa pembangunan ke negeri ini sekiranya diberikan mandate oleh rakyat.

 

“Saya berterima kasih terhadap simpati yang diberikan. Walapun ada yang meminta saya untuk membalas balik apa yang dilakukan namun saya menolak. Nasihat saya kita jangan bertindak di luar perikemanusiaan. Ini bukan budaya kita. Ini budaya ayam, budaya lembu.

“Demonstrasi tidak wajib. Apatah lagi yang berpaksikan dendam. Jangan berdendam kerana ia tiada kesudahannya. Dendam akan menghancurkan negara yang telah kita bina selama berpuluh tahun ini. Membina memakan masa tapi meruntuhkan boleh berlaku dalam sekelip mata,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: