Pendidik Perlu Fahami Isu Bukannya Ambil Tindakan Tidak Wajar

Oleh RAITINI RAHMAN:

DSC_0132KOTA BAHRU – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, golongan pendidik di negeri ini perlu memahami dengan sedalam-dalamnya berhubung isu royalti serta beberapa isu lain yang diperjuangkan pembangkang dan bukannya menerima maklumat tersebut sewenang-wenangnya menjelang pilihanraya umum akan datang.

Beliau berkata, isu tersebut perlu difahami dan bukannya dengan mengambil tindakan yang tidak wajar di luar perikemanusiaa.

 

“Saya telah difitnah kononnya saya antara orang yang bertanggungjawab tidak membawa pembangunan di Kelantan selama ini. Dalam satu demonstrasi pembangkang, ada patung saya yang disebat mereka dan ini satu tindakan yang tidak wajar.

“Sebab itu PRU-13 ini adalah sangat penting kepada rakyat Kelantan untuk membuat perubahan. Rakyat Kelantan juga sebahagiannya masih tidak mendapat maklumat sebenar apa yang kononnya diperjuangkan pembangkang itu” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bicara Transformasi Kelantan di Kompleks Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan di Tanjong Chat di sini, hari ini.

 

Hadir sama Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustafa serta hamper 1,000 guru kaunseling sekolah rendah dan menengah seluruh negeri.

Mustapa turut meminta golongan pendidik di negeri ini menapis dan memperhalusi dakyah dan fitnah pembangkang yang akan lebih memuncak menjelang pilihanraya umum ke 13 yang dianggap PRU paling sengit di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata, pastinya golongan pendidik akan menjadi sasaran golongan terbabit dinasihatkan supaya berfikir secara rasional menerima apa jua maklumat yang disebarkan pembangkang.

 

“Maklumat yang disebarkan pembangkang tidak berpaksikan kepada kebenaran dan boleh merosakkan negara dan golongan pendidik perlu membuat pertimbangan sewajarnya.

 

“Sebagai guru petimbangan sewajarnya perlu agar tidak terpengaruh dengan pihak yang mahu merosakkan negara kita ini.

Setiap apa yang kita lakukan perlu berasaskan kebenaran. Apa yang penting kita perlu terus mewujudkan negara yang lebih gemilang pada masa hadapan,” katanya.

Pada majlis yang sama beliau turut menjelaskan beberapa portfolio menteri yang disandang sebelum ini dan beliau telah membawa beberapa projek besar kepada rakyat Kelantan seperti Universiti Malaysia Kelantan, Pusat Transformasi Luar Bandar Kelantan dan juga Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua.

Pada majlis itu Mustapa  turut berdialog dengan peserta dan menjelaskan isu terkini seperti pelaburan dan politik semasa.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: