RM1.146 Juta Bantuan Ehsan Diagih Kepada 860 Petani

imagePASIR PUTEH – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntukan sebanyak RM1.146 juta bantuan untuk diagihkan kepada 860 petani dari tiga jajahan yang mengalami kerosakan tanaman padi akibat banjir akhir tahun lepas.Menurut Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Pasir Puteh Zawawi Othman, bantuan tersebut diberikan kepada petani mengikut dua kategori iaitu bagi tanaman padi yang berusia kurang tiga bulan bantuan sebanyak RM876 sehektar manakala untuk padi yang berusia lebih tiga bulan dan hampir dituai peruntukan yang diberikan sebanyak RM1,800 sehektar.

“Bantuan yang diberikan antara RM200 sehingga RM16,000 seorang bagi petani yang terjejas dari Jajahan Kota Bharu, Machang dan Pasir Puteh.

“Sebilangan besar yang mendapat manfaat itu terdiri daripada petani yang mengusahakan tanaman di Pasir Puteh yang membabitkan kampung Gong Nangka, Bukit Yong, Gong Chegal, Changgai, Semerak, Gong Kemuning, Kampung Golok, Ketik Buluh, Pulai Lima dan Gong Kemudu,” katanya ketika ditemui selepas penyerahan bantuan tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Ismail di sini.

Beliau berkata, bantuan ini membolehkan mereka mengusahakan tanaman padi musim depan selain dapat meringankan keluarga terbabit.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: