RM28j Bantu Pekebun Kecil

pix_gal0Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam meluluskan peruntukan RM28 juta dalam bentuk baja tambahan, racun dan peralatan pertanian untuk 500,000 pekebun kecil yang mengusahakan tanaman di kawasan kurang dua hektar.

Jumlah itu termasuk RM7.5 juta disalurkan kepada kor tani bagi membantu generasi muda dalam kalangan anak petani berusia 16 hingga 40 tahun mengikuti kursus dan modal awal memulakan kegiatan pertanian.

“Ia sumbangan sekali (one off) kerajaan kepada pekebun kecil dan melambangkan pentingnya sektor pertanian,” katanya disambut tepukan gemuruh lebih 4,000 ahli Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang hadir pada majlis perasmian Menara LPP dan sambutan ulang tahun ke-40 agensi itu di sini.

Bangunan 11 tingkat yang dibina pada 2008 di tanah seluas dua hektar itu membabitkan kos RM45 juta.

Perdana Menteri meluluskan peruntukan itu berikutan permintaan pekebun kecil tanaman koko, sawit, pisang dan kelapa menerusi Pengerusi LPP, Datuk Zainal Dahlan ketika ucapan alu-aluan.

Najib berkata, peruntukan diluluskan kerana sektor pertanian yang penting untuk negara tidak boleh dibiarkan tanpa suntikan baru bagi membangunkan komuniti yang terbabit secara langsung.

“Kerajaan tidak pernah abaikan sektor pertanian dan ia dibuktikan dalam Bajet 2013, sebanyak RM5.8 bilion diperuntukkan untuk sektor itu.
“Sesuai dengan ungkapan sebelum ini, ia bukan kata-kata yang tidak disertai tindakan atau janji kosong, tetapi diterjemahkan sebagai tindakan dan janji yang ditepati,” katanya.

Beliau juga memberi jaminan kerajaan akan meneruskan insentif subsidi, harga padi, baja, padi, subsidi beras, benih, tangkapan nelayan dan elaun sara hidup berjumlah RM2.4 bilion setahun.

Terdahulu Zainal berkata, rungutan pekebun kecil itu disampaikan kerana sebelum ini pesawah memperoleh insentif dan subsidi, manakala nelayan mendapat imbuhan RM200 sebulan.

“Pekebun kecil memohon mendapatkan sekurang-kurangnya satu atau dua kampit baja tambahan untuk setiap 0.4 hektar, satu tong racun dan peralatan pertanian sebagai pembelaan berterusan kepada mereka,” katanya.

Selain itu, katanya, kor tani yang kini dianggotai 6,000 generasi muda dan dijangka meningkat kepada 10,000 memohon peruntukan untuk memenuhi sumber dana bagi kursus lanjutan dan modal pusingan.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: