Wang Ehsan: Tidak Digunakan Untuk Kepentingan Politik

Oleh RAITINI RAHMAN:
dpBACHOK – UMNO Kelantan tidak pernah menggunakan satu sen pun wang ehsan yang diperuntukan untuk rakyat demi kepentingan politik malah ia disalurkan terus kepada rakyat melalui pelbagai keperluan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ehsan Negeri Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, semua rekod terdapat di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang mencatat semua aliran wang keluar tersebut untuk rakyat.

Beliau berkata, wang ehsan diagihkan terus kepada rakyat sama ada untuk peruntukan membaiki rumah penduduk miskin, bantuan mangsa ribut, kebakaran, sumbangan kecemerlangan dan sebagainya di seluruh negeri secara adil terus kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Katanya, mereka aktif berkonvoi untuk menuntut royalti diberikan kepada mereka (kerajaan negeri) dan bukan melalui JPP sedangkan kaedah ini lebih efektif sampai terus kepada rakyat.

“Sebaliknya jika diberikan kepada kerajaan negeri, tiada jaminan ia akan sampai kepada rakyat seperti mana projek Ladang Rakyat yang mereka uar-uarkan hanya melibatkan kroni mereka sahaja. Tiada seorang pun peserta Ladang Rakyat adalah ahli UMNO walaupun mereka golongan miskin.

“Kita boleh lihat sendiri berapa ramai tanah dan ladang rakyat diberikan kepada kroni mereka sahaja dan bukan rakyat yang benar- benar miskin,” katanya kepada sidang media selepas majlis kecemerlangan untuk pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR) di dewan Tok Tangok, Pejabat Pelajaran Daerah Bachok hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas konvoi pihak tertentu di seluruh negeri dan melakukan demonstrasi menyebat replika yang digambarkan sebagai pemimpin Umno negeri ini dalam himpunan kebangkitan rakyat di Pasir Pekan awal Februari lalu.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, tindakan tersebut seperti suatu pengkhianatan terhadap pemimpin yang tertinggi Umno Kelantan yang banyak berbakti untuk negeri ini.

“Pas hanya melaung- laungkan slogan kerajaan berkebajikan tetapi tidak melakukan apa- apa untuk membantu rakyat yang miskin,” katanya.

Beliau berkata, jika benar Kelantan negeri berkebajikan pasti nasib rakyatnya terbela tanpa perlu merantau di seluruh negara mencari rezeki.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: