Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Melebihi 1,000 Orang

banjir kelantanKOTA BHARU – Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan 1,036 orang dipindahkan ke 19 buah pusat pemindahan di tujuh jajahan yang terjejas banjir.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah terbanyak yang dipindahkan itu adalah di Kuala Krai membabitkan 456 orang diikuti Pasir Mas (247), Pasir Puteh (125), Tanah Merah (111), Bachok (61), Kota Baharu (24) dan Machang (12).

Kesemua mereka itu membabitkan 263 keluarga.

Sungai Golok di Rantau Panjang terus mencatatkan kenaikan paras air yang melebihi bahaya 9 meter iaitu pada 8.30 pagi ini sungai itu mencatatkan bacaan 10.26 meter.

Satu lagi sungai yang berada melebihi paras bahaya ialah Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah yang kini pada bacaan 17.10 meter (bahaya 16 meter).

Setakat ini banjir di Kelantan yang bermula semalam meragut dua nyawa pelajar berusia 13 dan 15 tahun di Machang.

Tiada jalan utama yang dilaporkan ditutup kepada lalu lintas melainkan beberapa jalan kampung berikutan limpahan air sungai.

Cuaca di Kelantan kini mendung dengan sesekali hujan renyai. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: