Manifesto PR Mampu Menjejaskan Pertumbuhan Ekonomi Negara

Oleh RAITINI RAHMAN:

dr awangKOTA BHARU – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin menyifatkan manifesto yang dilancarkan pakatan pembangkang (PR) semalam akan memberikan kesan yang besar terhadap kewangan negara dan memberikan implikasi yang besar kerana ia melibatkan perbelanjaan yang begitu besar.

Beliau berkata, janji itu juga dilihat mampu menjejaskan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara yang kini berkembang pesat.

“Keduanya pengurangan hasil kepada kerajaan kerana sumber-sumber cukai dimansuhkan umpamanya harga kereta dan ini memberi kesan yang begitu besar terhadap kewangan negara.

 

“Soal kewangan ini adalah soal yang paling penting. Seperti contoh ada negara di Eropah yang bankrap dan hampir bankrap kerana kegagalan menguruskan soal kewangan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program ‘Evaluation of Learning for Performance Improvement International Postgraduate Colloquium’ di sini, hari ini.

Semalam, PR melancarkan manifesto 10 perkara menjelang Pilihanraya Umum ke-13 antaranya termasuklah penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat, tawarkan pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga ke menara gading,  kad keahlian DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang boleh diguna pakai di mana-mana plaza tol untuk mendapat tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti berjaya membangunkan negara walaupun ketika berlaku kegawatan ekonomi pada satu ketika dahulu.

Katanya, kerajaan BN berpengalaman menangani apa jua keadaan dan ketika negara lain  terpaksa menghadapi tekanan dan tunduk terhadap IMF.

 

“Walaupun menghadapi tekanan IMF tetapi kita berjaya menanganinya dengan sangat  baik dan melalui pengalaman itu kita telah berjaya melonjak ekonomi negara di tahap 5.6 peratus. Ini satu  kejayaan,” katanya.

Sehubungan itu beliau melahirkan rasa bimbang terhadap janji-janji politik yang ditaburkan PR yang dilihat mampu menjejaskan kestabilan ekonomi negara.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: