Muhyiddin: Pembangkang Kemaruk Ke Putrajaya

imageKUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pakatan Rakyat (PR) kini kemaruk untuk ke Putrajaya dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Oleh itu tegas beliau, manisfeto Pakatan Rakyat, yang dilancarkan semalam, membuktikan mereka akan melakukan apa sahaja tanpa mengkaji kesan tindakan PR.

“Mereka tak kaji, tahu bentang sahaja dan tidak fikir bagaimana mereka boleh buat,” kata beliau semasa berucap pada sesi lawatan rasmi ke bahagian Parlimen Wangsa Maju dan mendengar taklimat gerak kerja BN Parlimen Wangsa Maju, hari ini.

Sebelum itu, Muhyiddin turut menyempurnakan Majlis Penyerahan Baju Uniform kepada kepada pemandu-pemandu teksi kawasan Parlimen Wangsa Maju di Pejabat Penyelaras BN Parlimen Wangsa Maju.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Wilayah Persekutan berkata, kalau dilihat secara keseluruhan yang dijanjikan, persoalan timbul dari mana sumber pembangkang boleh memperolehi sekiranya semua diberikan secara percuma.

Sehubungan itu kata beliau, pembangkang akan sedaya upaya dan berbuat apa sahaja sama ada halal atau haram untuk menumbangkan BN.

“Malah pembangkang akan lebih agresif untuk cuba memenangi pilihan raya ini nanti dan menggunakan pelbagai cara termasuk blog untuk melakukan pembohongan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerusi Parlimen Wangsa Maju mesti kembali ke pangkuan BN walaupun berhadapan senario yang sukar pada pilihan raya kali ini.

Katanya, tidak kira siapa calon yang bertanding, apa yang lebih penting adalah kemenangan BN di Wangsa Maju, selain Pusat Daerah Mengundi (PDM) perlu bekerja keras memastikan kejayaan BN.

“Melihat muka-muka yang cerah di sini, saya yakin BN akan menang di Wangsa Maju dan mesti menang ,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: