1,001 Warga Emas Saman Kerajaan Selangor, MB

po_10.1SHAH ALAM  – Sebanyak 1,001 warga emas di Selangor memfailkan saman terhadap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menuntut caruman takaful berjumlah RM2.5 juta yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pihak plaintif yang diketuai oleh Akhirudin Abd. Rashid, 63, menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada PKR, DAP dan Pas sebagai defendan pertama dan Abdul Khalid pula defendan kedua.

Dalam tuntutan saman itu, pihak plaintif mendakwa, mereka tidak menerima caruman takaful sebanyak RM2,500 seorang seperti yang dijanjikan oleh ketiga-tiga parti politik berkenaan dalam kempen pilihan raya itu kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Pihak plaintif yang terdiri daripada penduduk Shah Alam, Gombak, Tanjung Karang, Ampang, Hulu Langat dan Kuala Selangor mendakwa, mereka meletakkan harapan yang tinggi terhadap manifesto tersebut.

Mereka mendakwa, Abdul Khalid sebagai ketua eksekutif kerajaan negeri telah menyalahgunakan kuasa apabila tidak mengambil sebarang tindakan untuk memastikan kerajaan Selangor membuat caruman takaful kepada pihak plaintif.

Akhirudin yang merupakan seorang bilal di Taman Bukit Subang berkata, beliau mahu kerajaan negeri melaksanakan apa yang dijanjikan dengan kadar segera dan tidak memperbodohkan mereka.

”Jangan memperbodohkan kami sebagai orang tua, kami minta kerajaan Selangor melaksanakan janji yang ditaburkan, jangan janji tinggal janji.

”Kami pun bukannya nak menongkat langit. Mungkin esok, mungkin lusa kami akan mati, tak merasa apa yang dikata, kita ni tertipu sampai mati. Inilah kesannya pembohongan yang PKR buat, kami tergoda sejak dahulu sehingga sekarang,” katanya.

Sementara itu, peguam Kamarudin Ahmad yang mewakili pihak plaintif berkata, mereka merupakan kumpulan warga emas pertama di Selangor yang memfailkan saman tersebut daripada keseluruhan 300,000 warga emas yang berdaftar di negeri itu.

Pengerusi Persatuan Bertindak Warga Emas Selangor, Datuk Ismail Kijo pula berkata, pada peringkat awal pihaknya akan mendaftarkan 50,000 warga emas yang berpendapatan rendah di Selangor untuk memfailkan tuntutan caruman takaful itu di mahkamah. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: