Awang Adek: Banjir Di Kelantan Boleh Dibendung Jika Kerajaan Negeri Sehaluan Dengan Pusat

dtk-dr-awang-adekBACHOK – Masalah banjir yang membebankan penduduk Kelantan setiap tahun boleh dikurangkan atau dibendung jika ada kerjasama yang padu antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, terdapat sebilangan besar penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan dua atau tiga kali pada musim tengkujuh apabila rumah mereka dinaiki air.

“Antara puncanya (banjir) ialah parit dan longkang tersumbat dan apabila hujan dua atau tiga hari, penduduk terpaksa berpindah kerana air tidak dapat dialirkan ke sungai berdekatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kelantan berkata, isu sistem longkang dan perparitan tidak sempurna itu dapat diatasi jika anak Kelantan memberi peluang kepada Barisan Nasional memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13.

Ini kerana katanya kerajaan sedia ada yang dipimpin Pas jelas tidak mampu menyelesaikan isu itu walaupun telah 23 tahun memerintah kerana tidak sehaluan dan hubungan baik dengan kerajaan pusat.

“Terdapat wakil rakyat mereka tidak mengambil peduli dengan masalah yang dihadapi rakyat,” katanya yang juga Ketua Umno Bachok.

Beliau sebelum itu menyampaikan bantuan seperti bekalan makanan dan selimut kepada 60 mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pak Badol di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Mohd Noor Chik yang turut hadir, berkata kira-kira 40 peratus daripada RM500,000 yang diperuntuk di bawah Bantuan Bencana Alam sudah dibelanja bagi membantu mangsa banjir di pusat pemindahan, sejak banjir gelombang pertama pada akhir tahun lepas hingga sekarang.

Katanya ini termasuk bantuan kepada lebih 1,000 mangsa banjir yang kini berada di 24 pusat pemindahan membabitkan tujuh jajahan. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: