Bancian Penanam Padi Terjejas Banjir Gelombang Ketiga

Noh Omar 03TUMPAT – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan melaksanakan bancian terhadap penanam padi di negeri ini yang terjejas akibat banjir gelombang ketiga yang berlaku sekarang.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pada gelombang pertama dan kedua banjir tahun lepas, kerajaan persekutuan memperuntukkan wang ehsan RM3.2 juta untuk disalurkan kepada petani yang terjejas sumber pendapatan akibat bencana alam itu.

“Ada yang baharu tenggelam dan kita akan tengok ada kerosakan berlaku atau tidak terhadap tanaman padi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Restoran Sri Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan Tumpat dan menyampaikan elaun sara hidup kepada nelayan Parlimen Tumpat dan Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Pada majlis itu, 1,100 nelayan menerima bantuan bulanan RM200 seorang.

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) dalam kenyataan hari ini berkata seluas 10,920 hektar padi di kawasan yang diselia agensi itu ditenggelami air akibat hujan lebat selama tiga hari sejak Ahad lepas.\

Kawasan tananam padi yang terjejas adalah di Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu Selatan dan Kota Baharu Utara.

Kawasan sawah yang terlibat termasuk projek Ladang Merdeka, Projek Tanaman Padi Secara Komersil (NKEA), Mini Estet Padi dan pesawah persendirian, kata kenyataan itu.

Kebanyakan tanaman padi yang ditenggelami air baharu berumur kira-kira 30 hari berikutan aktiviti menabur benih.

Kada juga akan menjalankan bancian dan siasatan bagi mengenal pasti anggaran kerosakan tanaman dan jumlah kerugian yang ditanggung petani sebelum laporan dihantar kepada kementerian. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: