CCRC Peruntuk RM45,550 Biayai Peralatan IKS Bengkel Klien

ccrcBACHOK  – Cure and Care 1Malaysia (CCRC)  memperuntukkan sejumlah RM45,550 bagi membiayai kos mesin dan peralatan industri kecil dan sederhana (IKS) khusus untuk kliennya  menjalankan perusahaan kecil- kecilan di pusat tersebut.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadak Kebangsaan, Puan Seri Datuk Zuraidah Mohamed berkata, idea untuk mewujudkan sebuah bengkel kek dan pastri di CCRC Bachok bermula tahun lalu memandangkan semua penghuninya adalah wanita.

Menurutnya, ia bertujuan memberi latihan dan kemahiran kepada klien mereka sebagai persediaan untuk menghadapi dunia luar kelak.

“Kami mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Pertanian di Putrajaya dan hasilnya kini 10 peserta dari CCRC dan transCC menyertai bengkel yang mula diadakan sejak Januari dan Februari selepas mendapat mesin berkenaan pada hujung tahu lalu.

“Antara produk yang dihasilkan mereka ialah pelbagai jenis roti, kek, karipap, donut, kuih tiram, piza dan kuih gunting. Produk ini mendapat pasaran daripada kakitangan, penduduk setempat dan tempahan luar. Hasil sambutan memberangsangkan itu sehingga kini ia membawa pulangan RM2,881.30,” katanya kepada sidang media selepas perasmian penyerahan mesin dan peralatan IKS di CCRC Bachok, semalam.

Majlis perasmian penyerahan mesin dan peralatan IKS tersebut disempurnakan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Mustafa Kamal Baharuddin.

Difahamkan, pada pertengahan tahun lalu, Timbalan Pengarah Industri Asas Tani, Faridah Aini Muhammad dan Penolong Pengarah Bahagian Industri Asas Tani Negeri Kelantan, Murniwati Mohamad telah mengadakan lawatan ke CCRC Bachok bagi meninjau kesesuaian lokasi berkenaan.

Hasil lawatan itu membawa kepada kelulusan peruntukan enam jenis mesin termasuk peti sejuk, meja, pengadun tepung, mesin pembakar dan sebagainya.

Sementara itu, Mustapa berkata, projek julung kali itu adalah perintis antara kedua belah pihak ke arah mewujudkan masa depan kedua bagi klien CCRC.

Menurutnya, tenaga pengajar untuk sesi latihan bagi klien CCRC juga adalah dari pusat bimbingan usahawan yang terdapat di Melor, Kota Bharu.

“Selain tenaga pengajar, kami juga mengundang usahawan kami yang pernah mengikuti kursus di pusat bimbingan untuk datang ke sini berkongsi pengalaman bersama klien CCRC.

“Kami mempunyai 7 buah pusat bimbingan usahawan muda di seluruh negara dan 596 belia mengikuti pelbagai kursus pembuatan roti, kek, murtabak, piza, dodol, biskut kelapa, jem, kordial di pusat ini seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, terdapat ramai di antara peserta kursus enam bulan anjuran mereka yang berjaya menempatkan diri sebagai usahawan sehingga mampu menjana pendapatan di antara RM10,000 hingga RM1 juta setahun.

Justeru, beliau berharap melalui jalinan kerjasama ini juga akan mampu melahirkan klien yang komited untuk mengubah nasib mereka sekaligus memenuhi pasaran  IKS yang mendapat permintaan menggalakkan dari semasa ke semasa.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: