Auta Husam Di Mahkamah Tinggi Kuantan

Husam Kambing-1KUANTAN – Apakah Exco Kerajaan Kanan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa takut untuk berhadapan dengan penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz?

Persoalan itu muncul apabila beliau secara tiba-tiba memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini supaya perbicaraan kes tersebut ditangguhkan dengan alasan bagi memberi ruang kepada seorang peguam yang baru yang dilantik untuk mengepalai pihak pembelaan.

Spekulasi mengenai strategi Husam untuk menangguhkan perbicaraan tersebut dilihat banyak pihak kerana Naib Presiden Pas itu mungkin bimbang perbicaraan kes itu akan menganggu gugat persiapan Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 tambahan pula pemimpin utama Pas Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Exco, Datuk Takiyuddin Hassan turut disepina.

Bagaimanapun seolah dihidu oleh mahkamah, Hakim Datuk Mariana Yahya hanya membenarkan penangguhan kes tersebut sehingga Isnin ini, sekiranya tidak, perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Husam terhadap Syed Azidi akan terus berjalan.

Husam selaku plaintif kini diwakili peguam Hisham Fauzi manakala Syed Azidi diwakili peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Sikap Husam itu mungkin dapat dijelaskan dengan status facebook  Syed Azidi yang berbunyi:

“Ketika saya dan Husam dipanggil ke kamar YA Hakim, saya dengar sendiri Husam maklumkan kepada YA Hakim bahawa dia bersedia untuk beri keterangan pada pagi tadi dan mahu selesaikan segera kes ini.

“Tetapi bila keluar dari Kamar Hakim tak sampai 15 minit, pihak kami dimaklumkan pihak Husam mintak kes tangguh hingga hari Isnin depan. Saya tidak tahu kenapa. Yang kelakar, saksi2 Husam pun tak tahu apa dah jadi. Hakim dan sedia, saya dah sedia, siapa yang tak bersedia? Tepuk dada tanya selera,” katanya.

Sementara itu, Hisham ketika dihubungi berkata, penangguhan itu adalah bertujuan untuk menambah seorang lagi peguam yang akan mewakilinya pada perbicaraan itu.

“Kita mohon penangguhan itu sebab kita nak menambah seorang lagi peguam peguam iaitu Gobind Singh Deo yang akan mewakilinya pada perbicaraan itu.

“Permohonan kita telah diterima dan Datuk Husam dijadualkan memberikan keterangan pada perbicaraan yang akan bermula Isnin hingga Khamis ini,” katanya kepada DetikPerubahan.com.

Husam memfailkan saman terhadap Syed Azidi pada 19 September lepas, bagi menuntut ganti rugi RM5 juta ekoran penyiaran tiga artikel didakwa berunsur fitnah terhadap beliau yang disiarkan melalui blog defendan di kickdefella.wordpress.com antara Januari dan Julai tahun lepas.

Antara saksi yang akan dipanggil untuk memberi keterangan ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalannya, Datuk Ahmad Yakub dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan.

Artikel tersebut bertajuk ‘Husam telah menipu rakyat dan sahabat’, ‘Sebelum kita lupa Normala Sudirman’ dan ‘Husam itu pembohong’ yang ketiga-tiganya disiarkan melalui blog defendan, kickdefella.wordpress.com antara Januari hingga Julai tahun lalu.

Defendan pada 9 Oktober tahun yang sama pula memohon kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagaimanapun pada 17 April lalu, Hakim Besar Malaya mengarahkan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baharu, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan.

Pada 19 Disember lepas, Mariana menangguhkan perbicaraan kes itu ke hari ini berikutan kedua-dua pihak gagal menemui penyelesaian di luar mahkamah.

Tags: , , , , , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: