Iblis Dan Syaitan Guna Kalimah Allah – Nik Aziz

nik aziz karpalKOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa kalimah Allah boleh digunakan semua orang termasuk bukan Islam kecuali bagi terjemahan God dan Lord dan pada masa sama menegaskan, kalimah itu diguna ‘iblis dan syaitan’ sendiri ketika menjadi penghuni syurga.

“Kalimah Allah ini kita dah putuskan sebulan lepas, saya tak payah ulanglah benda ini, benda yang tak patut dijadikan isu dijadikan isu, nama Allah ni telah diguna oleh syaitan dan iblis dalam syurga lagi, iblis jumpa Nabi Adam dalam syurga dia telah guna nama Allah, ayah Nabi Muhammad nama Abdullah, dia belum Islam, jadi apa susah kita? Cuma masalah terjemah God dan Lord kepada Allah ini, ini tidak betul.

“Saya sebut sekali lagi, tuan-tuan boleh tengok balik keputusan yang kami buat di Majlis Syura, tapi nak sebut umumnya memang boleh orang bukan Islam guna kalimah Allah, saya ulangi balik, iblis masuk dalam syurga jumpa Nabi Adam dia sebut nama Allah masa nasihat Nabi Adam supaya makan buah (khuldi), jadi kalimah Allah diguna oleh semua orang, baki lagi terjemah Lord dan God kepada Allah memang tidak betul, God lain, Allah lain,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Ketereh bahawa keputusan majlis pimpinan pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu mengenai penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam telah disediakan dan ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: