Rais: Henti Kutuk Bangsa Sendiri

raisyatimKUALA KLAWANG – Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata dalam proses mencapai kemajuan, orang Melayu hendaklah menghentikan perbuatan mengutuk bangsa sendiri dan agama Islam.

Beliau berkata tentunya sifat dan perangai yang ditunjukkan oleh presiden parti tertentu dan Mursyidul Amnya (jelas merujuk kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) memperkecilkan hak mutlak orang Melayu. (Mereka berdua telah memperlekeh penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia)

“Jangan sebab dia Tok Guru, kita takut, membisu seribu bahasa. Apa yang disebut (Tok Guru) semuanya menjadi suatu yang harus diikuti sesebuah pihak,” katanya pada majlis perasmian program Komuniti 1Malaysia daerah

Jelebu dan perasmian surau di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu di sini hari ini.

Katanya orang Melayu perlu bangkit menyatakan yang salah tetap salah.

Sehubungan itu, Rais yang juga anggota parlimen Jelebu meminta para pegawai kerajaan agar memberi penerangan dan penjelasan dasar kerajaan yang banyak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

“Kita mesti bercakap benar, yang menjadi budi harus dikatakan budi,” katanya.

Rais juga meminta masyarakat agar menggunakan Internet sebaiknya untuk menambah ilmu pengetahuan.

“Dengan Internet kita boleh pelajari bagaimana kita boleh mencedok ilmu dan memperbaiki akhlak kita serta mencipta sesuatu untuk faedah kita. Mari kita cari jalan supaya masyarakat kita terbina dengan baik.

“Keluarkan yang lebih baik dalam tamadun kita daripada pengeluaran  yang memecah-belahkan bangsa. Mari kita menegakkan kesatuan menerusi akidah dan agama. Mari kita mencari pendekatan, asalkan boleh membaiki
kedudukan kita bersama,” katanya.

Pada majlis itu, Rais turut menyampaikan Bantuan RM250 Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 188 orang bujang untuk kawasan parlimen Jelebu. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: