SU Agung BN: Kajian Merdeka Center Bukan Bukti Sokongan Jatuh

imageKUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyangkal dakwaan kononnya sokongan rakyat terutama orang Melayu kepada kerajaan hari ini semakin merosot.

Katanya kaji selidik oleh Merdeka Center tidak semestinya memberi gambaran yang tepat walaupun kemerosotan itu hanya mencatatkan penurunan dua peratus sahaja daripada 63 peratus melalui kajian yang dibuat pada awal Februari lepas.

“Kajian itu tidak semestinya tepat kerana kita mendapat respons yang lain pula. Kita juga bergantung pada kajian kita dan kita mendapat banyak petunjuk bahawa golongan anak muda sudah mula menyokong kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pra pelancaran Skuad BN sempena program Rakyat Bersatu, Negara Maju di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Katanya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat Malaysia termasuk BR1M untuk orang bujang telah menyentuh hati rakyat Malaysia.

“Rakyat gembira kerana kerajaan prihatin terhadap mereka,” katanya.

Tengku Adnan berkata pembangkang mempermainkan emosi rakyat dengan menanam kebencian terhadap BN dan dasar kerajaan.

“Musuh kerajaan menggunakan pembohongan, fitnah untuk mengelirukan orang ramai dan anak muda, pembangkang sebenarnya sangat bijak bermain dengan psikologi,” katanya.

Beliau berkata sebetulnya, rakyat dikelirukan oleh pembangkang yang memberi gambaran bahawa golongan muda tidak menyokong kerajaan.

Beliau juga menyelar tanggapan bahawa ‘perang media sosial’ sebenarnya dimenangi pembangkang yang dikatakan mempunyai lebih banyak laman blog berbanding blog atau laman Facebook yang mempertahankan kerajaan.

“Sebenarnya dalam dunia maya, terdapat banyak laman sosial yang mempertahankan kerajaan dan menjawab tuduhan dan fitnah pembangkang tetapi kita ini tetap mencari laman pembangkang kerana semata-mata memenuhi tuntutan emosi kita,” katanya.

Mengenai penubuhan Skuad BN, yang merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan, beliau berkata ia dicetuskan hasil idea bekas ketua-ketua pergerakan Pemuda Umno yang menjalankan kerjasama dengan Persatuan Warga Kuala Lumpur dan Selangor.

Ia merupakan skuad untuk mewujudkan komuniti BN yang berani menunjukkan sokongan mereka kepada kerajaan melalui pemakaian pelekat kenderaan dan t-shirt.

Skuad ini akan dilancarkan secara rasmi minggu depan di Rapat Setia, Ipoh, Perak. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: