TPM Sertai Penduduk Cat Blok Kediaman Di Setiawangsa

dn_67.1KUALA LUMPUR  – Cuaca panas terik hari ini tidak menghalang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada menyertai penduduk Apartmen Mahsuri di Setiawangsa di sini mengecat semula bahagian luar blok kediaman berusia lebih 20 tahun itu.

Turut menyertai beliau pada program mengecat di bawah Tabung Penyelengaraan 1Malaysia (TP1M) itu ialah Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Ia menyaksikan Muhyiddin menggunakan alat pengecat untuk menyaluti bangunan yang kelihatan kusam itu dengan cat berwana kelabu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Zulhasnan berkata, kos untuk mengecat semula Apartmen Mahsuri yang mempunyai lima blok kediaman itu ialah RM888,000.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Apartmen Mahsuri, Mat Nasri Baba melahirkan penghargaan kepada TP1M kerana melalui inisiatifnya bangunan yang diduduki sejak 1987 itu bakal berwajah baharu.

“BN (Barisan Nasional) ni memang cukup baik, banyak bantu rakyat,” katanya.

Zulhasnan menjelaskan, RM6.32 juta diperuntukkan TP1M dan projek Nadi Kasih kelolaan Parlimen Setiawangsa untuk membiayai kerja mengecat semula dan membaiki lif di 12 pangsapuri di sekitar kawasan Parlimen itu.

Beliau berkata, ia terdiri daripada Sri Kayangan, Seksyen 10; Sri Mercu, Seksyen 10; Kelompok Bunga Raya, AU3; Kelompok Pinang, Keramat Wangsa; Kelompok Mawar, AU3; dan Kelompok Embun Emas, AU3.

Lima lagi ialah Menara Merak Kayangan, AU3; Menara Jentayu, AU3; Apartmen Mahsuri, Taman Setiawangsa; Menara Sri Cendana, Keramat Wangsa; dan Apartmen Intan, Taman Setiwangsa.

Projek membaiki lif dan bumbung akan dilaksanakan di Menara Rajawali, AU3. – BERNAMA

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: