BR1M Beri Faedah Kepada Rakyat – Muhyiddin

Oleh RAITINI RAHMAN :
DSC_0384KOTA BHARU – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan pembahagian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang dilaksanakan kerajaan ketika ini telah memberikan faedah dan nikmat kepada lebih 60 peratus rakyat di negara ini.
Beliau berkata, pemberian bantuan itu merupakan salah satu langkah kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah serta miskin menikmati subsidi secara adil berbanding pemberian subsidi yang turut dinikmati golongan kaya seperti petrol, gula, dan sebagainya.
“Kalau mereka kata pemberiam BR1M ini sesuatu yang zalim tunjukkan kepada kita dari sudut mana ia dikatakan zalim. Tahun ini di seluruh negara seramai tujuh juta golongan muda yang merupakan adalah penerima BR1M 2.0. Jika termasuk suami, isteri dan anak-anak, lebih 60 peratus rakyat negara ini memperolehi nikmatnya. Jadi apakah ini satu perbuatan zalim, kerja firaun, haram, atau adakah ini sama dengan kita memberi makanan kepada ayam, itik dan lembu,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Jamuan Rakyat di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Datuk Makhtar Mustapa,  Penyelaras Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad serta lebih 5,000 penduduk Mukim Tegayong, Ketereh dekat sini.
Tahun lalu kerajaan pusat meluluskan peruntukan berjumlah RM1.5 juta bagi pembinaan masjid berkenaan yang hamper 90 peratus siap pembinaannya.
Terdahulu beliau menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,000 penduduk di Masjid Kampung Aril, di sini.
Beliau berkata, pemberian BR1M itu mendapat reaksi positif daripada rakyat dan kerajaan akan meneruskannya setiap tahun sekiranya rakyat terus memberikan mandat kepada Barisan Nasional untuk mentadbir negara ini.
“Biarpun pelbagai tohmahan yang dilemparkan pembangkang namun kerajaan tetap juga meneruskan pemberian BR1M ini kerana rakyat memberikan respon yang cukup baik terhadap usaha kerajaan ini. Ada yang menangis dan terharu apabila menerima wang tersebut malah ada yang kata mereka tak pernah pegang pun duit sebanyak RM500.
“Duit itu boleh mereka gunakan untuk membeli susu anak dan duit itu juga dapat meringankan beban mereka. Kerajaan memberikan BR1M ini bukan sebab nak hadapi pilihanraya, kalau menang lagi selepas ini ada lagi BR1M 3.0 dan BR1M 4.0 dan seterusnya,” katanya.
Sementara itu, pada majlis yang sama, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO turut meluluskan RM900,000 untuk meningkatkan prasarana bagi manfaat penduduk di Parlimen Ketereh.
Tiga kemudahan tersebut adalah pembinaan jejantas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Melor bernilai RM500,000, pembaikan bumbung Masjid Kampung Aril, Melor (RM300,000) serta pembinaan dewan komuniti masyarakat Siam  (RM100,000).
Jelas Muhyiddin, kelulusan tersebut diberikan kepada penduduk di parlimen terbbait atas kesedaran ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk memberi pelbagai kemudahan bagi kesejahteraan rakyat.
Katanya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menentukan supaya rakyat dapat hidup dalam keadaan yang lebih baik, masyarakat Islam kita terus terbela, syiar Islam akan terus bersemarak supaya negara kita terus maju dan diikuti (dicontohi) oleh negara-negara Islam lain.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: