Hampir 75% NGO Bersama BN, Kata Ahmad Maslan

imageKUALA LUMPUR – Ketua Penerangan, Umno Datuk Ahmad Maslan berkata hampir 75 peratus daripada ribuan badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini menunjukkan sokongan penuh dan percaya dengan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Rumusan itu adalah berdasarkan sambutan hangat yang diterima BN dalam beberapa siri Himpunan Barisan 1Malaysia yang diadakan di seluruh negara sejak empat bulan lepas, katanya.

“Kita jemput mereka, dan mereka hadir untuk bersama-sama kita. Yang selebihnya itu sama ada mereka atas pagar atau sokong sebelah sana (pembangkang),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan NGO baharu “Sahabat Ulil Amri” di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Sahabat Ulil Amri diilhamkan oleh sekumpulan aktivis Malayu Islam, bertujuan menjaga keharmonian negara dan perpaduan masyarakat daripada sebarang anasir luar.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata NGO boleh menjadi kuasa ketiga dalam menentukan hala tuju negara dan kelangsungan pemerintahan kerajaan.

Katanya, kuasa NGO itu diletakkan selepas kuasa pemerintahan dan pengaruh parti-parti politik di negara ini.

“Dan tiga-tiga kuasa dalam masyarakat ini perlu digembleng ke arah kebaikan. Akhirnya wujud sebuah negara aman, harmoni dan bersatu,” katanya.

Sempena pelancaran NGO itu juga sebanyak 3,000 bungkusan makanan diedarkan kepada orang ramai. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: