Ikrar Sumpah Hanya Rekaan Dan Fitnah – Awang Adek

Oleh RAITINI RAHMAN :

DSC_0203BACHOK – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin menyifatkan dakwaan penerimaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) perlu melafazkan ikrar bersumpah untuk mengambil bantuan tersebut hanyalah rekaan dan fitnah pembangkang semata-mata dan tidak berasas.

Beliau berkata, dakwaan itu tidak wujud dan ia sengaja diada-adakan pembangkang yang bimbang dengan sokongan rakyat terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang semakin meningkat.

“Sebenarnya semua itu hanya rekaan dan fitnah sahaja. Ia tidak wujud. Saya melawat setiap Dewan Undangan di kawasan Parlimen saya dan perkara sebegitu tidak wujud.

“Ini semua perbuatan yang tidak mauk akal. Ia sengaja diada-adakan untuk menggugat sokongan rakyat terhadap kerajaan.

“Perkara ini tidak wujud kerana ia merupakan satu pengagihan yang cukup adil dan semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik yang layak akan menerimanya tanpa sebarang syarat,” katanya kepada pemberrita ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan banjir kepada mangsa banjir di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Pak Badol, dekat sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pihak tertentu berhubung penerima BR1M di kawasn Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang yang dikatakan diminta bersumpah serta berikrar agar mengundi BN pada pilihanraya umum ke_13 akan datang dan jika gagal berbuat demikian mereka dianggap kafir.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, sekiranya benar perkara sedemikian berlaku bukti mengenainya perlu ditunjukkan.

“Saya ada dengar mengenainya, tetapi dakwaan itu tidak mempunyai bukti yang kukuh. Mereka sekadar mengedarkan surat yang kononnya ia dibaca oleh penerimaan tetapi bukti lain tidak ada.

“Surat seperti itu sesiapa sahaja boleh membuatnya. Jika mereka benar-benar ada bukti dan di hadapan siapa penerima terbabit mengangkat sumpah atau berikrar tampillah dengan bukti. Beritahu nama penghulu, penyelaras DUN atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang melakukannya,” katanya.

Sehubungan itu, Awang Adek menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan penyebaran fitnah yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertangungjawab.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: