Kelantan Membangun Di Bawah BN

AMIRUL HAFIZ :

DSC_0071KOTA BHARU – Kelantan mampu seiring dengan negeri-negeri lain untuk melangkah maju menjelang tahun 2020 sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat memerintah negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan aspek pembangunan tetapi batasan kuasa menjadi penghalang kepada usaha untuk memajukan negeri ini terutama apabila melibatkan soal tanah yang di bawah kuasa penuh kerajaan negeri.

Katanya, transformasi rakyat dan negeri ini akan terlaksana dengan terancang jika rakyat memberi kerjasama penuh kepada kerajaan BN yang sudah terbukti berbeza dengan Pas yang hanya pandai menabur janji kosong serta menghabiskan khazanah negeri seperti pembalakan yang tidak terkawal.

“Kalau tidak ada sokongan kerajaan pusat untuk projek pembangunan Kelantan akan tinggal ke belakang, kalau kerajaan (negeri pimpinan Pas) tidak ada visi hanya pentingkan soal lain bukan untuk pembangunan ummah, kemajuan untuk rakyat tidak boleh disempurnakan oleh mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Himpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Program tersebut turut dimeriahkan oleh lebih 30,000 pengunjung yang tidak henti melaungkan slogan ‘Tukar’ sebagai tanda gelombang perubahan rakyat untuk menukar kerajaan Pas kepada BN kian membadai.

Muhyiddin berkata, kerajaan BN berkemampuan untuk memajukan negara termasuk meningkatkan hasil pendapatan rakyat berdasarkan pelan strategik pembangunan ekonomi negara yang efektif.

Pada perkembangan yang sama beliau membidas pemimpin Pas termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan bantuan kerajaan persekutuan kepada rakyat seperti memberi makanan kepada haiwan.

“Pas yang kononnya mendakwa sebuah parti memperjuangkan Islam tetapi gagal menyediakan kemajuan kepada umat Islam termasuk menyediakan masjid kerana masjid yang terdapat di Kelantan ini adalah usaha kerajaan persekutuan,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: