Mahathir: Kawalan Sempadan, Perairan Perlu Dipertingkat

dr-mahathir-mohamad5KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa pasukan keselamatan supaya meningkatkan kawalan serta rondaan di kawasan sempadan dan perairan negara bagi mengelakkan ia dicerobohi pihak luar.

Beliau berkata. ia penting bagi mengelakkan pencerobohan oleh kumpulan bersenjata seperti yang berlaku di Lahad Datu, Sabah daripada berulang.

“Nampak begitu mudah sekali, satu pasukan tak canggih dapat masuk dalam negara kita. Ini bermakna kita harus tingkatkan kawalan kita supaya tiada orang boleh ceroboh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Tradisi dan Kesinambungan: Tenunan dan Tekstil Berhias Semenanjung Tanah Melayu di Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, pembangkang sudah pasti akan mengggunakan isu berkenaan sebagai modal politik mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“Pembangkang akan guna segalanya kerana pada mereka tak ada apa yang tak boleh dijadikan isu politik,” kata bekas perdana menteri.

Pameran itu yang mempamerkan lebih 50 helai tekstil Melayu didedikasikan khas kepada ikon dan pencinta budaya Malaysia iaitu Allahyarham Azah Aziz.

Ia berlangsung di Galeri Khas 2, Muzium Kesenian Islam Malaysia dan dibuka kepada orang ramai mulai esok, 2 Mac hingga 30 Jun depan. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: