Pemergian Zaidi ‘Buluh Perindu’ Kehilangan Buat Kelantan

zaidiTUMPAT  – Kepulangan pendikir, Zaidi Mohamad ke rahmatullah akibat serangan jantung semalam merupakan kehilangan besar buat rakyat Kelantan, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, Allahyarham Zaidi, 46, yang lebih dikenali dengan panggilan Zaidi Buluh Perindu dek kemerduan suaranya, banyak terlibat dengan program perpaduan yang dianjurkan Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, katanya allahyarham bersama rakan-rakannya juga banyak berjasa dalam memartabatkan seni dikir barat sehingga dikenali di merata tempat.

Beliau berkata, jika 20 tahun dahulu dikir barat kurang dikenali tetapi sekarang, kumpulan dikir barat ditubuhkan di seluruh negara hasil perjuangan allahyarham dan rakan-rakannya.

“Kita kehilangan seorang budayawan tersohor yang banyak menyumbang kepada negeri kita,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga allahyarham di Kampung Bunut Sarang Burung di sini hari ini.

Allahyarham Zaidi jatuh pengsan pada 10.35 pagi semalam ketika membuat persembahan dikir barat menyambut ketibaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting, Tumpat.

Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital Tumpat dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11 pagi akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan isteri, Zaharina Mohamad, 47, dan tujuh anak berusia antara 11 dan 28 tahun.

Allahyarham pernah merakamkan lebih 100 album dikir barat sepanjang berkecimpung dalam industri dikir barat tempatan selama 20 tahun.

Mustapa berkata, pendikir adalah seorang yang kreatif dan mempunyai tahap pemikiran yang tinggi kerana mampu mencipta bait-bait lirik secara spontan tetapi mempunyai unsur nasihat yang diselangi lawak jenaka.

“Mereka mampu guna bahasa yang indah, kiasan dan mampu untuk bawa mesej yang boleh menyatupadukan rakyat, juga pada masa sama mempunyai unsur dakwah.

“Kalau kita berucap biasa, kadang-kadang rasa (mesej) tak sampai, (tapi) pendikir kadang-kadang kreativiti mereka, intonasi, menjadikan rakyat memahami mesej yang disampaikan mereka terutama melibatkan perpaduan,” katanya. – BERNAMA

Tags: , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: