Rakaman Sumpah Baiah Penerima BR1M Tidak Benar

Oleh RAITINI RAHMAN :

imagePASIR PUTEH – UMNO Bahagian Pasir Puteh menafikan sekeras-kerasnya rakaman video mengenai upacara mengangkat sumpah Baiah terhadap penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti yang disiarkan dalam laman Youtube sebaliknya menyifatkan ia satu tindakan yang dibuat bagi memburuk-burukkan pihaknya.

Ketuanya, Zawawi Othman berkata, pihaknya terkejut apabila diberitahu berhubung rakaman yang kini tersebar luas dengan pelbagai tajuk panas yang`direka bagi menarik perhatian ramai.

“Mereka yang melakukan ini adalah pihak yang tidak bertanggung jawab. Mereka sebarkannya dengan menggunakan pelbagai tajuk antaranya “Penerima BR1M dipaksa bersumpah undi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran video terbabit sejak seminggu lalu antara tajuknya “Ambil BR1M, Sumpah Sokong UMNO” dan `”UMNO Terdesak! Memaksa Penerima BR1M Ikrar Sokong UMNO”.

Difahamkan rakaman yang mengambil masa 1 minit 29 saat itu dibuat menggunakan telefon bimbit itu disaksikan oleh lebih 10,000 pelayar lawan sesawang terbabit di seluruh negara.

Zawawi berkata, ia adalah fitnah dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab bagi memburuk-burukkan UMNO.

“Apa yang tersiar di laman Youtube itu adalah fitnah semata-mata serta  langsung tidak berkaitan dengan penerima BR1M,” katanya.

Beliau berkata, semua orang yang berada dalam rakaman itu terdiri daripada jentera parti cawangan Kampung Tembila yang mengangkat sumpah taat setia kepada UMNO dan BN dan  untuk mengelak daripada perbuatan “cah keting” yang boleh mengatasi usaha untuk menawan  Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak.

Zawawi menegaskan, jika video itu diteliti, hanya sekelompok atau beberapa orang sahaja kelihatan berada pada waktu itu manakala rakaman itu jelas dilakukan pada waktu malam sedangkan BR1M sentiasa diadakan pada waktu siang hari.

Katanya, pemberian BR1M juga membabitkan sejumlah 33,800 bagi kawasan Parlimen Pasir Puteh yang mengandungi DUN Limbongan, Gaal, Selising selain Semerak, bukannya dalam kelompok yang kecil.

Beliau berkata, rekaan dan tomohan itu sengaja diadakan pada saat pilihan raya umum diadakan untuk menarik pengundi menyokong mereka memandangkan kedudukan mereka semakin terdesak ekoran sambutan terhadap ceramah parti itu yang semakin merosot.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: