Husam Cerdik Berhelah

Husam Kambing-2KOTA BHARU – “Cerdik sungguh budak Husam (exco kanan kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa) nih (ini) mencari helah”

Demikian reaksi sinis spontan seorang pakcik berusia lingkungan 50-an yang dikenali sebagai abe Pa (abang Pa) oleh beberapa rakan semejanya di sebuah warung kopi di kampung Kubang Kerian dekat sini, hari ini.

Reaksi itu keluar secara tiba-tiba ketika abe Pa sedang membaca satu laporan akhbar mengenai penangguhan perbicaraan kes saman Husam terhadap seorang penulis blog Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz.

“Tak hebat jugalah kalu setaro ni (tidak ada kehebatan). Atau dia rasa tak yakin peguam asalnya itu boleh membantu kemenangannya,” soalnya, dan spontan juga dijawab rakan sebelahnya dengan berkata “bila hebatnya Husam, lagak saja lebih. Ramai orang duk cara (cakap) meluak dengan dia”.

Persoalan abe Pa tidak berakhir di situ apabila dia terus menyambung dengan berkata “mungkin dia takut hendak berhadapan dengan penulis blog itu (Syed Azidi) sehingga terpaksa menggunakan dua khidmat peguam bagi membelanya”.

September lalu Husam memfailkan saman terhadap Syed Azidi di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta berikutan penyiaran tiga artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap beliau.

husammusa-k513Artikel tersebut bertajuk ‘Husam telah menipu rakyat dan sahabat’, ‘Sebelum kita lupa Normala Sudirman’ dan ‘Husam itu pembohong’. Ketiga-tiga artikel itu disiarkan menerusi blog defendan, kickdefella.wordpress.com antara Januari hingga Julai tahun lalu.

Bagaimanapun kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bertindak menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan pada April lalu.

Dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuantan kelmarin Husam dilapor memohon mahkamah menangguhkan perbicaraan bagi melantik seorang lagi peguam iaitu Gobind Singh Deo.

Permohonan itu secara tidak langsung menimbulkan pelbagai spekulasi antaranya Husam selaku plaintif bimbang perbicaraan itu akan menganggu persiapan Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 apabila tiga pemimpin utamanya iaitu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Exco, Datuk Takiyuddin Hassan turut disepina.

Namun, Hakim Datuk Mariana Yahya hanya membenarkan penangguhan tersebut sehingga Isnin ini.

Dalam perbualan lanjut abe Pa berkata, Husam seorang pemimpin tidak mampu menghadapi dugaan kerana sedikit kesilapan yang dilihat menguntungkan dirinya melalui saman beliau tidak melepaskan peluang itu walhal ia sedikitpun tidak pernah memberi kesan terhadap reputasinya.

“Sikit-sikit saman, kononnya reputasi jatuhlah…kesan kariernyalah…apalah… Apa yang jatuh, kesan apa… nampaknya dia duk molek-molek ada jadi exco juga lagi, ahli politik lagi,” katanya.

Serentak itu dia mencemuh Husam dengan menghempas keras akhbar ditangannya ke satu meja lain sambil menyifatkannya sebagai ‘pemimpin gila menyaman’.

Sementara itu Syed Azidi dipetik laman sosial facebooknya melahirkan rasa pelik apabila pada awalnya Husam dimaklum bersedia untuk memberi keterangan pada prosiding yang berlangsung kelmarin tetapi berubah setelah keluar dari kamar hakim.

“Ketika saya dan Husam dipanggil ke kamar YA Hakim, saya dengar sendiri Husam maklumkan kepada YA Hakim bahawa dia bersedia untuk beri keterangan pada pagi tadi dan mahu selesaikan segera kes ini.

“Tetapi bila keluar dari Kamar Hakim tak sampai 15 minit, pihak kami dimaklumkan pihak Husam mintak kes tangguh hingga hari Isnin depan. Saya tidak tahu kenapa. Yang kelakar, saksi2 Husam pun tak tahu apa dah jadi. Hakim dah sedia, saya dah sedia, siapa yang tak bersedia? Tepuk dada tanya selera,” katanya.

Husam kini diwakili peguam Hisham Fauzi manakala Syed Azidi selaku defendan diwakili peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: