Kebangkitan Anak Muda Kelantan

muda1Rakyat Kelantan sudah bangkit. Rakyat Kelantan mahu kerajaan Pas Kelantan ditukar. Rakyat Kelantan sudah jelek dengan auta Husam Musa dan pemimpin Pas. Rakyat Kelantan mahukan negeri ini membangun seperti negeri-negeri lain.

Mungkin itu kesimpulan mudah yang boleh dibuat berdasarkan keadaan semasa yang berlaku di negeri ini. Puluhan ribu rakyat bersama-sama dengan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mahu menyatakan kepada Pas bahawa kerajaan negeri ini akan ditukar.

Rakyat Kelantan sudah memahami tipu helah Pas yang selama ini hanya hidup di atas putar belit dan hanya bertopengkan ayat al-Quran serta hadis untuk menghalalkan cara.

Lihat sahaja kepada gaya pemerintahan kerajaan Pas Kelantan tidak ada kebajikan untuk rakyat malah benda yang remeh temeh pun dikenakan cukai seperti mana penjual ‘etok’.

Sudahlah hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tetapi setiap secupak etok yang dijual dikenakan cukai dan amat memalukan cukai itu hanya kira-kira RM1 secupak.

Apakah dengan seringgit itu boleh menambahkan pendapatan kerajaan? Alangkah lebih baik cukai etok ini dihapuskan terus untuk memberikan sedikit kelegaan kepada peniaga. Itu belum lagi dikira cukai kepala bakul – cukai yang dikenakan kepada penjaja-penjaja kecil – dan ia tidak ada kadar yang tetap, berubah-ubah mengikut hati perut pemimpin Pas sahaja.

Kalau anda tidak percaya, tanyalah peniaga Wakaf Che Yeh. Mereka diperas ugut oleh kumpulan yang diberi hak untuk menjaga kawasan tersebut.

Kata orang, sekira peniaga itu mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin Pas atau pun ahli Pas cukai yang dikenakan agak murah jika dibandingkan dengan orang lain. muda8

Ini baru cerita kecil mengenai cukai-cukai remeh temeh yang dikenakan oleh kerajaan Pas Kelantan. Belum lagi disentuh mengenai Ladang Air Mata Rakyat, Takaful Kifalah, Koridor Depu, Lembah Sireh dan Ladang Nga dan Ngeh.

Disebabkan itu rakyat Kelantan bangkit. Rakyat Kelantan mahu berubah. Rakyat Kelantan mahukan sebuah kerajaan yang boleh diharap. Rakyat Kelantan mahukan peluang pekerjaan melalui pelaburan yang dibawa oleh kerajaan.

Tetapi kerajaan Pas Kelantan hampas. Sudahlah hampas, hina pula rakyat yang menerima bantuan daripada Kerajaan BN – digelarnya haiwan – semata-mata menerima bantuan tersebut.

Anak muda yang dulunya dikatakan menjauhkan diri daripada BN tetapi hari ini keadaan itu berubah. Lebih 20,000 anak muda Kelantan bersama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin – ini adalah rekod kerana buat pertama kalinya puluhan ribu anak muda Kelantan bersatu bersama pemimpin BN selepas 20 tahun Kelantan di bawah pemerintahan Pas.

muda10

muda11

muda7

muda9

Tags: ,

Categories: Editorial

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: