PM Sedih 2 Komando Polis Terkorban Di Lahad Datu

imageKUALA LUMPUR –  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan perasaan sedih dengan kematian dua anggota komando Polis Diraja Malaysia (VAT 69) dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah semalam.

Perasaan itu diluahkan beliau melalui laman Twitternya malam tadi.

“Saya turut berasa sedih di atas terkorbannya dua anggota VAT 69 Polis di Lahad Datu. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya (mereka berdua). Al-Fatihah,” katanya.

Kejadian kira-kira 10 pagi itu menyaksikan dua anggota komando polis berkenaan terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata terbabit turut maut.

Ia turut mencederakan tiga lagi anggota pasukan keselamatan Malaysia.

Kesemua 12 penceroboh rakyat asing yang terbunuh itu adalah antara 180 pengikut ‘Sultan Sulu’ yang dikepung pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: