Bachok Terjejas Gelombang Ketiga Monsun Timur Laut

imageBACHOK – Daerah Bachok yang terselamat pada gelombang pertama dan kedua monsun Timur Laut hujung tahun lalu, turut terjejas apabila hujan lebat berterusan sejak tiga hari lalu.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Md Noor Chik berkata, sehingga jam 9 pagi semalam dianggarkan 1,227 penduduk negeri ini ditempatkan di 24 pusat pemindahan meliputi tujuh daerah.

Menurutnya, semua mangsa terlibat ialah 245 orang (59 keluarga) dari Tanah Merah, 129 orang di Pasir Puteh (29 keluarga), 459 orang di Kuala Krai (109 keluarga), 302 di Pasir Mas (110 keluarga), 17 di Machang (4 keluarga), 14 orang di Kota Bharu (6 keluarga) dan 61 orang di Bachok (13 keluarga).

“50 pegawai kami ditempatkan di seluruh pusat pemindahan sejak dua hari lalu dan semua bekalan makanan asas dibekalkan.

“Sehingga kini, hampir 40 peratus peruntukan sudah digunakan sepanjang musim banjir lalu daripada RM500,000 peruntukan yang disediakan.

“Peruntukan itu bukan sahaja untuk mangsa banjir tetapi juga untuk membantu mangsa bencana lain termasuk ribut, ombak pantai, hakisan dan sebagainya,” katanya ketika sidang media di Sekolah Kebangsaan Pak Badol.

Difahamkan, ini adalah kali pertama penduduk Bachok terlibat dengan banjir memandangkan banjir gelombang pertama dan kedua hujung tahun lalu tidak melibatkan sebarang perpindahan penduduk di sekitar kawasan ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin meluangkan masa melawat mangsa banjir selama sejam bersama semua mangsa terlibat. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: