Longkang Sempit Punca Banjir

imageKAMPUNG LEMBAH –  Sekurang-kurangnya 20 keluarga di sini, buntu untuk menyelesaikan masalah banjir yang didakwa berpunca daripada pembinaan Sekolah Kebangsaan Gong Garu dengan longkang sempit enam tahun lalu.

Sebelum 2008, penduduk di kawasan berkenaan tidak berdepan bencana banjir, kerana tapak sekolah merupakan kawasan paya yang menampung limpahan air dan longkang lebih besar di situ mengalirkan air dengan baik ke sungai.

Penduduk sudah melahirkan kebimbangan dengan pembinaan sekolah tersebut dan pada Disember 2008, mereka menghadapi banjir pertama kali.

Mazlan Salleh, 43, berkata, longkang yang dibina mengelilingi sekolah itu tidak memadai untuk menampung aliran air dari dua saluran besar di bawah jalan.

“Mungkin pembinaan longkang sekolah mengikut keperluan projek tapi ia memberi kesan buruk kepada kami di sini, dan cukup membebankan kerana rumah penduduk di kawasan rendah.

“Kami menyokong pembinaan sekolah kerana ia memberi kemudahan kepada anak-anak kami, tapi apa ertinya pembangunan sekiranya kami terus dihimpit masalah,” katanya.

Katanya, paras air di kawasan rumahnya jauh lebih tinggi berbanding kawasan paya berhampiran sekolah yang menandakan masalah itu boleh diselesaikan sekiranya laluan air tidak terhalang.

Timbalan Pengerusi Banjir Parlimen Pasir Puteh, Azmi Mohd Nor ketika meninjau kawasan itu berkata, beliau akan berbincang dengan penduduk bagi mencari jalan penyelesaian.

“Saya akan mendapatkan maklumat sebenar daripada penduduk, sebelum membawa masalah ini ke peringkat atas dan saya percaya ia dapat diselesaikan.

“Secara dasarnya, saya memahami keperluan penduduk di sini, kerana mereka berada di kawasan tinggi dan tidak sepatutnya menghadapi masalah banjir seperti penduduk di kawasan rendah,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: