Petani Rugi RM50,000 Akibat Banjir

imageKOTA BHARU – Lebih 10 petani di unit Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pangkal Pisang, Peringat di sini mengalami kerugian hampir RM 50,000 selepas tanaman padi yang diusahakan rosak akibat banjir, ekoran hujan lebat yang berlaku beberapa hari lalu.

Ketua unit PPK terbabit, Zuha Ismail berkata, kerugian yang ditanggung menyebabkan petani di kawasan terbabit terpaksa menanggung hutang hampir RM4,000 setiap seorang memandangkan modal untuk membeli benih padi, baja dan membajak dipinjam melalui PPK.

“Kesemua petani yang terlibat merupakan golongan yang menanam padi secara berkelompok di bawah pengurusan Mini Estet padi (MEP) Kubang Laka dan mereka mula membajak sejak Disember lalu serta dijangka mendapat hasil pada Mei ini, namun tidak kesampaian akibat seluruh kawasan sawah ditenggelami air dalam bencana bah baru-baru ini.

“Kami sebagai petani yang mengusahakan tanaman padi di kawasan ini mengharapkan bantuan dari pihak Kerajaan Negeri memandangkan sebelum ini sudah memperoleh bantuan dari Kerajaan Pusat dalam bencana banjir musim lalu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan kejadian semalam.

Sementara itu, menurut Che Kob Derashid, 65, dia yang mengusahakan tanaman padi kawasan seluas 13 ekar mengharapkan bantuan dapat disegerakan memandangkan tidak mempunyai pendapatan lain dan hanya bergantung harap pada hasil padi.

“Sudah berpuluh tahun saya mengusahakan padi di kawasan ini, kejadian seumpama ini hanya berlaku sejak kebelakangan ini, memandangkan paras air sungai yang tinggi ekoran hujan lebat sejak beberapa hari berturut-turut.

“Di sini tiada masalah dari segi sistem perparitan, namun fenomena luar biasa yang berlaku menyebabkan seluruh kawasan bendang ditenggelami air dan tidak seperti tahun lalu dengan keadaan cuaca baik dan kita dapat menuai hasil padi,” katanya.

Seorang lagi petani, Mohamad Noor Awang, 65 berkata, keadaan ini perlu dipantau pihak bertanggungjawab dan mencari jalan penyelesaiannya memandangkan kejadian seumpama ini sudah masuk kali kedua.

“Harapan kami agar nasib para petani di sini dibela memandangkan ia merupakan mata pencarian tetap kami untuk menyara keluarga.

“Jika nasib kami tidak dibela, kami tidak tahu hendak mengadu kepada siapa lagi memandangkan kami juga terpaksa berhutang dengan PPK sebelum memperoleh hasil dan masalah ini amat membebankan,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: