Tekun Turut Bantu Kaum Lain

imageMACHANG – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional mengeluarkan pinjaman berjumlah RM206 juta bagi membantu 22,000 usahawan Kelantan meningkatkan perniagaan masing-masing  sejak 1998.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datu Seri Mustapa Mohamed berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM3.2 juta pinjaman dikeluarkan kepada 369 usahawan Kelantan pada Januari lalu.

Katanya, Tekun Nasional memberi banyak kelebihan terutama kepada peniaga kecil, seterusnya meningkatkan ekonomi keluarga sekali gus keluar dari kepompong kemiskinan.

“Tekun memainkan peranan dalam membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan seterusnya mengubah tahap ekonomi keluarga,” katanya.

Mustapa berkata, sambutan masyarakat India terhadap pinjaman Tekun juga baik.

“Bukan hanya melibatkan peniaga Melayu, sambutan masyarakat India terhadap pinjaman Tekun Nasional juga amat baik dan diharapkan berterusan pada masa depan agar taraf hidup keluarga mereka terjamin.

“Setakat ini, lebih 5,000 peniaga India menjadi pelanggan Tekun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Himpunan Komuniti Usahawan Tekun Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Machang 2, semalam.

Hadir sama, Penyelaras Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Seramai 14 usahawan turut menerima Anugerah Usahawan Tekun Cemerlang pada majlis tersebut bagi memberi dorongan, pengiktirafan dan penghargaan kepada usahawan Tekun yang berjaya di peringkat domestik dan global.

Lebih 6,000 usahawan Tekun hadir di dataran SK Machang 2 bagi menjayakan himpunan julung kali diadakan bagi meraikan sambutan ulang tahun Tekun ke-15.

Pada masa sama, Tekun turut menyumbangkan RM10,000 kepada SK Machang 2 di sini, sebagai tanda sokongan kepada pendidikan negara dan penghargaan kepada sekolah itu.

Mustapa yang juga pengasas Tekun berkata, pinjaman tersebut sewajarnya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh orang ramai bagi menambah pendapatan dan mengembangkan perniagaan sedia ada.

Katanya, kerajaan sentiasa gigih berusaha membantu meningkatkan ekonomi masyarakat tanpa mengira golongan terutamanya bagi mengeluarkan rakyat dari paras kemiskinan. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: