Zahid: Kerajaan Tidak Pernah Perguna Veteran ATM Untuk Politik

zahid-hamidiPORT DICKSON –  Kerajaan tidak pernah menggunakan bekas anggota tentera termasuk pegawai tertingginya yang menyokong kerajaan untuk kepentingan politik, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru katanya, beliau berasa kasihan melihat empat bekas pegawai tertinggi tentera yang kini diperguna Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kepentingan politik parti pembangkang.

“…dan kita juga tahu latar belakang tiap-tiap seorang mereka (bekas pegawai terbabit) semasa perkhidmatan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Perbarisan Perarakan Anggota dan Aset Tentera Darat sempena sambutan ulang tahun ke-80 Tentera Darat di Kem Si Rusa, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai empat bekas pegawai tinggi ATM iaitu Lt Jen. (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat), Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (Udara), Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid (Laut) dan Brig. Jen. (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat) yang dijemput pembangkang ke pentas ceramah mereka.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata sebagai anggota ATM mereka seharusnya berpegang teguh kepada sumpah dan ikrar yang dilaungkan dan diterjemahkan dalam bentuk yang sepatutnya hingga ke akhir hayat.

Katanya mereka juga tidak seharusnya mendedahkan rahsia negara, terutama dalam bidang pertahanan kepada mana-mana pihak, apatah lagi jika untuk kepentingan politik.

“Kita harap bekas-bekas jeneral yang lain dapat menasihatkan bekas-bekas jeneral yang telah digunakan ini supaya mereka tidak dijadikan alat oleh pembangkang dan menggambarkan seolah-olah seluruh ATM dan veteran bersama-sama dengan mereka,” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: