Alasan MC Telatah Lucu Husam

image

AMIRUL HAFIZ :

KUANTAN – Exco Kelantan, Datuk Husam Musa menyaksikan sandiwara lucunya apabila tidak hadir untuk perbicaraan kes samannya terhadap penulis blog Kickdefellla di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dengan alasan cuti sakit

Peguamnya, Hisham Fauzi memaklumkan anak guamnya itu cuti sakit selama dua hari tetapi gagal mengesahkan sakit sebenar kerana infomosi itu hanya diterimanya melalui panggilan telefon daripada Husam semalam.

Beliau turut memohon kes berkenaan ditangguhkan ke bulan hadapan.

Bagaimanapun ia menimbulkan kemarahan Hakim Datuk Mariana Yahya kerana sijil cuti sakit yang dihantarkan ke mahkamah dikeluarkan pagi ini.

“Bagaimana dia (Husam) tahu dia MC hari ini?,” kata Mariana sambil mengarahkan agar perbicaraan diteruskan dengan saksi sampingan.

Namun pihak plaintif gagal kemukakan saksi dengan alasan saksi sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu.

dsc00138Justeru, hakim menangguhkan perbicaraan sehingga pukul 2.30 petang ini.

Dalam prosiding yang berlangsung 28 Februari lepas Husam selaku plaintif memohon mahkamah menangguhkan perbicaraan bagi melantik seorang lagi peguam iaitu Gobind Singh Deo.

September lalu Husam memfailkan saman terhadap Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta berikutan penyiaran tiga artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap beliau.

Artikel tersebut bertajuk ‘Husam telah menipu rakyat dan sahabat’, ‘Sebelum kita lupa Normala Sudirman’ dan ‘Husam itu pembohong’. Ketiga-tiga artikel itu disiarkan menerusi blog defendan, kickdefella.wordpress.com antara Januari hingga Julai tahun lalu.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: