Jangan Kaitkan Insiden Lahad Datu Dengan Sandiwara Tidak Munasabah

Oleh RAITINI RAHMAN :

mailBACHOK – Rakyat di negara ini dinasihatkan agar tidak memberi perhatian terhadap kenyataan pihak tertentu yang cuba mengaitkan insiden di Lahad Datu dengan sandiwara yang tidak munasabah.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, tindakan segelintir pihak yang cuba mengeruhkan keadaan dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dianggap tidak wajar lebih-lebih lagi disaat rakyat di negra ini masih lagi bersedih di atas kehilangan wira negara yang terkorban dalam kejadian di Lahad Datu.

“Itu memang kerja mereka untuk menuding jari pada orang lain. Mungkin juga mereka ada sembunyikan sesuatu sebab itu asyik menuduh ke arah orang lain di saat anggota keselamatan kita berhadapan cabaran seperti ini.

“Kenyataan pemimpin pembangkang yang mengatakan bahawa ia adalah sandiwara UMNO adalah seperti dia inginkan perhatian.

“Saya rasa kita tidak perlu beri perhatian terhadap kenyataan orang yang tidak pernah membantu dalam keadaan getir begini,” katanya ketika sidang media selepas agihan insentif Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) padi  di bawah projek permulaan (Entry Point Project 11- penanaman padi di kawasan jelapang) di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bachok dekat sini.

Pada majlis itu seramai 60 petani dari bendang Tok Belian, Kemasin dan Keluat masing- masing menerima insentif padi.

PPK Bachok mempunyai 119.3 hektar tanah padi yang keseluruhannya melibatkan hasil berjumlah RM238,260.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua melalui portal rasmi PKR yang menyifatkan insiden di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO untuk menghalalkan keganasan di negara ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan berharap semua rakyat negara ini berdoa untuk mengembalikan keamanan negara.

Untuk rekod insiden Lahad Datu bermula sejak 11 Februari lalu apabila kum pulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Sebahagian mereka dikesan sekumpulan nelayan tempatan dan satu laporan polis dibuat berhubung lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula dilaporkan berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.

Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: