Media Bantu Hadapi Banjir

imagePASIR MAS – Perkembangan menerusi media banyak penduduk Gelang Mas, menghadapi banjir gelombang ketiga, minggu lalu.

Penduduk, Mohamed Awang, 64, berkata, selepas melihat perkembangan banjir di daerah lain, penduduk mula mengalihkan barang berharga ke tempat lebih tinggi.

Menurutnya, ia membolehkan penduduk bersedia lebih awal dan berpindah ke pusat pemindahan ketika air melepasi tahap bahaya.

“Kes lemas yang berlaku juga memberi tauladan kepada penduduk, agar menjaga keselamatan anak-anak.

“Pihak sukarelawan seperti jawatankuasa banjir, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), kawasan rukun tetangga (KRT) dan penghulu kampung turut membantu penduduk bersiap sedia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat berkata, bantuan beras seberat 10 kilogram disampaikan kepada mangsa banjir kali ini.

Menurutnya, seramai 47 keluarga dilaporkan mengalami kerugian akibat banjir gelombang ketiga.

“Kebanyakan penduduk tidak mengalami kerugian yang tinggi, kerana mereka bersiap sedia lebih awal dalam menghadapi kejadian tersebut.

“Kita amat berbangga dengan penduduk, apabila tiada kes kemalangan maut berlaku sepanjang musim banjir,” katanya, semalam. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: