Pas Terdesak Tarik Sokongan Pengundi Cina Di Kelantan

DSC00367KOTA BHARU – Tindakan Pas menjenamakan kawasan Jalan Kebun Sultan di sini sebagai “China Town” membuktikan parti itu kian terdesak untuk menarik sokongan daripada masyarakat Cina pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Biro Agama Veteran Umno Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, masyarakat Islam perlu sedar taktik Pas yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu.

Tindak tanduk Pas dalam menarik pengaruh rakyat menyokong perjuangan parti itu jelas semakin tidak menyenangkan banyak pihak di Kelantan, khasnya kalangan umat Islam, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Noor yang juga bekas anggota Dewan Ulama Pas Pusat diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan semalam, bahawa kerajaan negeri akan mengisytiharkan kawasan yang terkenal sebagai pusat perniagaan masyarakat keturunan Cina di Jalan Kebun Sultan sebagai “China Town” untuk dijadikan produk baharu tarikan pelancong ke negeri ini.

Jalan Kebun Sultan yang menjadi pusat tumpuan masyarakat keturunan Cina sejak turun temurun itu bermula dari Jalan Wakaf Mek Zainab hingga ke simpang Empat Jalan Mahmood/Pengkalan Chepa.

“Jadi tidak hairanlah, jika ramai penyokong PAS kini mula berpaling tadah dan menyokong BN dan ini sekali gus memberi harapan Umno dapat merampas kembali Kelantan pada pilihan raya kali ini,” kata Mohd Noor. – BERNAMA

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: